-->

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Seremban Tahun 2022

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Seremban Tahun 2022

Bagi orang-orang Negeri Sembilan terutamanya di Seremban, anda boleh dapatkan senarai lokasi tapak Bazar Ramadan yang beroperasi di sekitar kawasan tersebut. Nak cari bazar ramadan di Seremban, boleh tengok senarai sini.

Tahun ini, Kerajaan telah membenarkan pengoperasian semula Bazar Ramadan seperti biasa tetapi perlulah mengikut arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sama ada bagi peniaga atau pembeli.

Di bazar ramadan pastinya anda boleh dapatkan pelbagai juadah buka puasa yang kadang kala tiada ketika hari biasa. Dalam waktu ini, anda boleh dapatkan murtabak, ayam golek, tepung pelita, air katira dan banyak lagi. Yang penting jangan membazir.

Umat Islam di Malaysia dijangka akan mula berpuasa pada 2 April 2022 iaitu hari Sabtu sehingga 2 Mei 2022. Semoga Ramadan kali ini adalah lebih baik daripada bulan sebelum-sebelumnya.

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Seremban

Mungkin anda merupakan penduduk tempatan atau mereka yang singgah di Seremban ini untuk berbuka puasa, tetapi tidak tahu dimana lokasi bazar ramadan popular yang berdekatan.

BACA : Senarai Lokasi Pasar Malam Di Seremban

Jangan risau! ini merupakan senarai 36 tapak bazar ramadan di sekitar Seremban yang akan beroperasi sepanjang bulan Ramadan untuk anda singah dan dapatkan juadah berbuka puasa.

  1. Stadium Paroi
  2. Bandar Prima Senawang 2 (Depan Mydin)
  3. Taman Sri Pagi
  4. Pusat Bandar Senawang 2 (Jalan Bandar Senawang 1)
  5. Pusat Bandar Senawang 2 (Jalan Bandar Senawang 16)
  6. Taman Desa Rhu
  7. Tapak Desa Dahlia
  8. Pekan Senawang Jaya
  9. Tempat Letak Kereta Hadapan Kedai Taman Matahari Height
  10. Taman Sri Pulai 3
  11. One Avenue, Seremban 2
  12. Persiaran Seremban 2 (Tapak Pasar Malam)
  13. Taman Ampangan
  14. Tapak Bersebelahan Klinik Kesihatan Seremban
  15. Depan Pasar Rasah Jaya
  16. Jalan BBN 1/2, Putra Point, Nilai (Berhampiran McDonalds Putra Nilai)
  17. Tapak Pasar Malam Cempakapuri, Nilai
  18. Kawasan Pasar Borong Nilai 3, Nilai
  19. Persiaran Metro Sendayan, Bandar Sri Sendayan
  20. Jalan BBN 1/7, Putra Point, Nilai (Berhampiran Masjid Dato' Klana Petra, Putra Nilai)
  21. Tapak Pasar Malam Taman Semarak
  22. Medan Nusari, Bandar Sri Sendayan (Berhadapan Lot Kedai)
  23. Jalan Mahawangsa, Bandar Enstek, Nilai
  24. Jalan Kuarters Klia
  25. Taman Gadong Jaya, Labu
  26. Bandar Seremban Selatan
  27. Pasar Awam Taman Seremban Jaya
  28. Taman Pinggiran Senawang
  29. Taman Tuanku Jaafar
  30. Taman Tuanku Ampuan Najihah
  31. Taman Dusun Nyior
  32. Taman Senawang Perdana
  33. Dataran Centrio
  34. Nilai Perdana
  35. Tiara Sendayan
  36. Depan Pasaraya Lotus, Nilai

Selain itu, terdapat 4 tapai bazar Aidilfitri iaitu di Dataran Senawang 1, 2 dan 3 serta Bandar Prima Senawang 1 (Jalan Melor 8)

Senarai lokasi bazar ramadan tahun 2022 ini dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan akan dikemaskini jika ada sebarang perubahan.

Selamat Menyambut Ramadan Semua!

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel