-->

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Perlis Tahun 2022

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Perlis Tahun 2022

Bagi orang-orang atau penduduk Perlis, anda boleh dapatkan senarai lokasi tapak Bazar Ramadan yang beroperasi di sekitar kawasan tersebut. Nak cari bazar ramadan di Perlis, boleh tengok senarai sini.

Tahun ini, Kerajaan telah membenarkan pengoperasian semula Bazar Ramadan seperti biasa tetapi perlulah mengikut arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sama ada bagi peniaga atau pembeli.

Di bazar ramadan pastinya anda boleh dapatkan pelbagai juadah buka puasa yang kadang kala tiada ketika hari biasa. Dalam waktu ini, anda boleh dapatkan murtabak, ayam golek, tepung pelita, air katira dan banyak lagi. Yang penting jangan membazir.

Umat Islam di Malaysia dijangka akan mula berpuasa pada 2 April 2022 iaitu hari Sabtu sehingga 2 Mei 2022. Semoga Ramadan kali ini adalah lebih baik daripada bulan sebelum-sebelumnya

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Perlis

Mungkin anda merupakan penduduk tempatan atau mereka yang singgah di Perlis ini untuk berbuka puasa, tetapi tidak tahu dimana lokasi bazar ramadan yang berdekatan.

Jangan risau! ini merupakan senarai tapak bazar ramadan di sekitar negeri Perlis yang akan beroperasi sepanjang bulan Ramadan untuk anda singah dan dapatkan juadah berbuka puasa. Lokasi melibatkan sekitar Kangar, Arau dan kawasan berdekatan.

  1. Kangar - Persiaran Wawasan
  2. Arau - Tapak Pasar Baru Arau
  3. Kuala Perlis - Tapak Pasar Malam Lama Kuala Perlis
  4. Padang Besar - Jalan Besar, Padang Besar

Senarai lokasi bazar ramadan tahun 2022 ini dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kangar dan akan dikemaskini jika ada sebarang perubahan.

Selamat Menyambut Ramadan Semua!

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel