-->

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Manjung Tahun 2022

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Manjung Tahun 2022

Bagi orang-orang Perak terutamanya di Manjung, anda boleh dapatkan senarai lokasi tapak Bazar Ramadan yang beroperasi di sekitar kawasan tersebut. Nak cari bazar ramadan di Manjung, boleh tengok senarai sini.

Tahun ini, Kerajaan telah membenarkan pengoperasian semula Bazar Ramadan seperti biasa tetapi perlulah mengikut arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sama ada bagi peniaga atau pembeli.

Di bazar ramadan pastinya anda boleh dapatkan pelbagai juadah buka puasa yang kadang kala tiada ketika hari biasa. Dalam waktu ini, anda boleh dapatkan murtabak, ayam golek, tepung pelita, air katira dan banyak lagi. Yang penting jangan membazir.

Umat Islam di Malaysia dijangka akan mula berpuasa pada 2 April 2022 iaitu hari Sabtu sehingga 2 Mei 2022. Semoga Ramadan kali ini adalah lebih baik daripada bulan sebelum-sebelumnya.

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Manjung

Mungkin anda merupakan penduduk tempatan atau mereka yang singgah di Manjung ini untuk berbuka puasa, tetapi tidak tahu dimana lokasi bazar ramadan popular yang berdekatan.

BACA : Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Ipoh Tahun 2022

Jangan risau! ini merupakan senarai 13 tapak bazar ramadan di sekitar Manjung yang akan beroperasi sepanjang bulan Ramadan untuk anda singah dan dapatkan juadah berbuka puasa.

  1. Belakang Stadium MPM
  2. Tepi Pasar Awam Manjung
  3. PTK Lekir
  4. Depan Kuarters Amanjaya
  5. Astaka
  6. Taman Sentosa Ayer Tawar
  7. Lumut Indah
  8. Pantas Remis Depan Pasaraya Eco
  9. Pantai Remis Depan Maybank
  10. Hadapan Padang Awam Beruas
  11. Hadapan Pasaraya Ikhwan
  12. Sebelah Pasaraya TF
  13. Batu 10 Lekir

Senarai lokasi bazar ramadan tahun 2022 ini dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan akan dikemaskini jika ada sebarang perubahan.

Selamat Menyambut Ramadan Semua!

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel