-->

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Kuala Kangsar Tahun 2022

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Kuala Kangsar Tahun 2022

Bagi orang-orang Perak terutamanya di Kuala Kangsar, anda boleh dapatkan senarai lokasi tapak Bazar Ramadan yang beroperasi di sekitar kawasan tersebut. Nak cari bazar ramadan di Kuala Kangsar, boleh tengok senarai sini.

Tahun ini, Kerajaan telah membenarkan pengoperasian semula Bazar Ramadan seperti biasa tetapi perlulah mengikut arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sama ada bagi peniaga atau pembeli.

Di bazar ramadan pastinya anda boleh dapatkan pelbagai juadah buka puasa yang kadang kala tiada ketika hari biasa. Dalam waktu ini, anda boleh dapatkan murtabak, ayam golek, tepung pelita, air katira dan banyak lagi. Yang penting jangan membazir.

Umat Islam di Malaysia dijangka akan mula berpuasa pada 2 April 2022 iaitu hari Sabtu sehingga 2 Mei 2022. Semoga Ramadan kali ini adalah lebih baik daripada bulan sebelum-sebelumnya.

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Kuala Kangsar

Mungkin anda merupakan penduduk tempatan atau mereka yang singgah di Kuala Kangsar ini untuk berbuka puasa, tetapi tidak tahu dimana lokasi bazar ramadan popular yang berdekatan.

BACA :

Jangan risau! ini merupakan senarai 8 tapak bazar ramadan di sekitar Kuala Kangsar yang akan beroperasi sepanjang bulan Ramadan untuk anda singah dan dapatkan juadah berbuka puasa.

  1. Bazar Jalan Lintang, Sungai Siput (Hadapan TF)
  2. Bazar Raman Chandan Putri
  3. Bazar Arena Kuala Kangsar
  4. Bazar Sauk
  5. Bazar Karai
  6. Bazar Manong
  7. Bazar Puncak Bougainvillea
  8. Bazar Padang Rengas

Manakala terdapat 2 tapak dan lokasi bagi ekspo Aidilfitri iaitu di Ekspo Aidilfitri Puncak Bougainvillea dan Ekspo Kuih Raya Sempena Aidilfitri Puncak Bougainvillea.

Senarai lokasi bazar ramadan tahun 2022 ini dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKKPK) dan akan dikemaskini jika ada sebarang perubahan.

Selamat Menyambut Ramadan Semua!

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel