-->

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Klang Tahun 2022

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Klang Tahun 2022

Bagi orang-orang Selangor terutamanya di Klang, anda boleh dapatkan senarai lokasi tapak Bazar Ramadan yang beroperasi di sekitar kawasan tersebut. Nak cari bazar ramadan di Klang, boleh tengok senarai sini.

Tahun ini, Kerajaan telah membenarkan pengoperasian semula Bazar Ramadan seperti biasa tetapi perlulah mengikut arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sama ada bagi peniaga atau pembeli.

Di bazar ramadan pastinya anda boleh dapatkan pelbagai juadah buka puasa yang kadang kala tiada ketika hari biasa. Dalam waktu ini, anda boleh dapatkan murtabak, ayam golek, tepung pelita, air katira dan banyak lagi. Yang penting jangan membazir.

Umat Islam di Malaysia dijangka akan mula berpuasa pada 2 April 2022 iaitu hari Sabtu sehingga 2 Mei 2022. Semoga Ramadan kali ini adalah lebih baik daripada bulan sebelum-sebelumnya.

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Klang

Mungkin anda merupakan penduduk tempatan atau mereka yang singgah di Klang ini untuk berbuka puasa, tetapi tidak tahu dimana lokasi bazar ramadan popular yang berdekatan.

BACA :

Jangan risau! ini merupakan senarai tapak bazar ramadan di sekitar Klang yang akan beroperasi sepanjang bulan Ramadan untuk anda singah dan dapatkan juadah berbuka puasa. Juga ada beberapa lokasi akan tutup operasi mengikut hari yang ditetapkan

Antara kawasan dalam daearah Klang ini yang terlibat seperti Pelabuhan Klang, Pandamaran, Klang Selatan & Utara, Meru dan Kapar

Palabuhan Klang

  1. Lorong Haji Umar, Pulau Indah (kecuali Ahad)
  2. Taman Kem, pelabuhan Klang (kecuali Khamis)
  3. Jalan Petola, Kg Raja Uda (kecuali khamis)
  4. Flat Samudera

Pandamaran

  1. Pandamaran Jaya, Jalan 9
  2. Taman Pandamar Indah
  3. Bukit Tinggi Depan Flat Bukit Tinggi, Jalan Batu Nilam 34 (Burgerking)
  4. Pangsapuri Seri Perantau

Klang Selatan

  1. Jalan Sri Sarawak (kecuali Selasa)
  2. Simpang Empat, Sg Udang (kecuali Jumaat & Ahad)
  3. Kg Delek (kecuali Jumaat)
  4. Taman Setia, Johan Setia
  5. Bandar Puteri
  6. Taman Rakyat, Andalas

Klang Utara

  1. Jalan Kluang
  2. Jalan Bukit Kuda
  3. Lorong Musran, Rantau Panjang (kecual Jumaat)
  4. Jalan Keretapi Lama, Batu 4 Jalan Kapar (kecuali Isnin)
  5. Bandar Baru Klang, Jalan Tiara 5 (Hadapan Flat Mawar)
  6. Bersebelahan Masjid As Saadah, Bandar Sultan Suleiman

Meru Dan Kapar

  1. Taman Meru Indah (Hadapan Speedmart 99)
  2. Jalan Paip, Pekan Meru (kecuali Ahad)
  3. Jalan Raja Mokhtar (kecuali Jumaat)
  4. Taman Sg Kapar Indah (kecuali Sabtu)
  5. Taman Cempakasari (kecuali Sabtu)

Senarai lokasi bazar ramadan tahun 2022 ini dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan akan dikemaskini jika ada sebarang perubahan.

Selamat Menyambut Ramadan Semua!

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel