-->

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Kedah Tahun 2022

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Kedah Tahun 2022

Bagi orang-orang atau penduduk di negeri Kedah, anda boleh dapatkan senarai lokasi tapak Bazar Ramadan yang beroperasi di daerah negeri tersebut. Nak cari bazar ramadan di Kedah, boleh tengok senarai sini.

Tahun ini, Kerajaan telah membenarkan pengoperasian semula Bazar Ramadan seperti biasa tetapi perlulah mengikut arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sama ada bagi peniaga atau pembeli.

Di bazar ramadan pastinya anda boleh dapatkan pelbagai juadah buka puasa yang kadang kala tiada ketika hari biasa. Dalam waktu ini, anda boleh dapatkan murtabak, ayam golek, tepung pelita, air katira dan banyak lagi. Yang penting jangan membazir.

Umat Islam di Malaysia dijangka akan mula berpuasa pada 2 April 2022 iaitu hari Sabtu sehingga 2 Mei 2022. Semoga Ramadan kali ini adalah lebih baik daripada bulan sebelum-sebelumnya

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Kedah

Mungkin anda merupakan penduduk tempatan atau mereka yang singgah di Kedah ini untuk berbuka puasa, tetapi tidak tahu dimana lokasi bazar ramadan yang berdekatan.

Jangan risau! ini merupakan senarai tapak bazar ramadan di sekitar negeri Kedah yang akan beroperasi sepanjang bulan Ramadan untuk anda singah dan dapatkan juadah berbuka puasa. Lokasi melibatkan di daerah Langkawi, Alor Setar, Baling, Kulim dan beberapa kawasan lain. 

Bandar Baharu

  1. Dataran Bandar Baharu
  2. Dataran Seri Serdang
  3. Dataran Depan Kompleks Penghulu Sungai Kechil Ilir
  4. Tapak Stesen Bas Lubuk Buntar

Langkawi

  1. Tapak Bazar Ramadan Kuah
  2. Tapak Parkir Pasar Awam Kuah
  3. Padang Matsirat (Tapak Parkir Dewan Mahsuri)
  4. Ayer Hangat (Hadapan Pasar Awam Ayer Hangat)

Alor Setar

  1. Peremba
  2. Taman Selera Darul Aman
  3. Simpang Empat
  4. Pokok Sena
  5. Simpang Kuala
  6. Tapak Pasar Malam Jalan Putra
  7. Stadium Darul Aman
  8. Kota Sarang Semut
  9. Medan Selera Teratai

Sungai Petani

  1. Wisma Ria
  2. Taman Sejati Indah
  3. Pekan Merbok
  4. Jalan Padang
  5. Pekan Bukit Selambau
  6. Taman Ria Jaya

Kulim

  1. Taman Sang Kancil
  2. Taman Lobak
  3. Taman Selasih
  4. Taman Mutiara
  5. Taman Sena
  6. Kilang Lama
  7. Desa Aman
  8. Taman Merak
  9. Padang Serai
  10. Taman Mahsuri
  11. Taman Anggerik
  12. Taman Aman
  13. Mahang
  14. Junjong
  15. Pekan Karangan
  16. Merbau Pulas
  17. Sungai Karangan

Baling

  1. Bazar Ramadan Baling
  2. Bazar Ramadan Kupang
  3. Bazar Ramadan Kuala Ketil
  4. Bazar Ramadan Kampung Lalang
  5. Bazar Ramadan Jerai

Pendang

  1. Tapak Pekan Tanah Merah
  2. Tapak Pekan Pendang
  3. Tapak Pekan Kubur Panjang

Padang Terap

  1. Bazar Ramadan Bandar Kuala Nerang

Kubang Pasu

  1. Tapak Penjaja Sementara Kepala Batas (Bersebelahan Gerai Buah GBBS FAMA)
  2. Tapak Penjaja Taman Seri Aman
  3. Tapak Penjaja Sementara Sungai Korok (Berhadapan Gerai Makan MPKP)
  4. Pekan Ayer Hitam (Berhadapan Gerai MPKP Ayer Hitam)
  5. Dataran Penjaja Changlun
  6. Tapak Pasar Malam Taman Mahsuri

Senarai lokasi bazar ramadan tahun 2022 ini dikeluarkan oleh pihak Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah (PBT) dan akan dikemaskini jika ada sebarang perubahan.

Selamat Menyambut Ramadan Semua!

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel