-->

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Kajang Tahun 2022

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Kajang Tahun 2022

Bagi orang-orang Selangor terutamanya di Kajang, anda boleh dapatkan senarai lokasi tapak Bazar Ramadan yang beroperasi di sekitar kawasan tersebut. Nak cari bazar ramadan di Kajang, boleh tengok senarai sini.

Tahun ini, Kerajaan telah membenarkan pengoperasian semula Bazar Ramadan seperti biasa tetapi perlulah mengikut arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sama ada bagi peniaga atau pembeli.

Di bazar ramadan pastinya anda boleh dapatkan pelbagai juadah buka puasa yang kadang kala tiada ketika hari biasa. Dalam waktu ini, anda boleh dapatkan murtabak, ayam golek, tepung pelita, air katira dan banyak lagi. Yang penting jangan membazir.

Umat Islam di Malaysia dijangka akan mula berpuasa pada 2 April 2022 iaitu hari Sabtu sehingga 2 Mei 2022. Semoga Ramadan kali ini adalah lebih baik daripada bulan sebelum-sebelumnya.

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Kajang

Mungkin anda merupakan penduduk tempatan atau mereka yang singgah di Kajang ini untuk berbuka puasa, tetapi tidak tahu dimana lokasi bazar ramadan popular yang berdekatan.

BACA : Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Shah Alam Tahun 2022

Jangan risau! ini merupakan senarai tapak bazar ramadan di sekitar Kajang yang akan beroperasi sepanjang bulan Ramadan untuk anda singah dan dapatkan juadah berbuka puasa.

Antara kawasan dalam daearah Kajang ini yang terlibat seperti Cheras, Bangi, Semenyih, Beranang dan Hulu Langat

Kawasan Kajang

  1. Jalan Menghala Ke SMAP Batu 13, Jalan Cheras Kajang
  2. Jalan Bunga Kantan 1, Sungai Kantan (Hadapan Deretan Kedai)
  3. Di Tanah Milik Persendirian Dataran Prima Saujana, Taman Prima Saujana Kajang
  4. Jalan Reko Sentral 2, Jalan Reko Sentral
  5. Jalan Jasmin 1, Taman Jasmin, Kajang
  6. Tempat Letak Kereta, Taman Zamrud (Hadapan Deretan Kedai)
  7. Taman Ramal Indah (Tapak Pasar Tani)
  8. Jalan 3/1, Sek. 3, Taman Kajang Utama
  9. Jalan Indah 1, Sungai Jelok (Hadapan lot kedai)
  10. Kawasan Tempat Letak Kereta Seksyen 9, Saujana Impian
  11. Kawasan Kosong di Taman Kajang Mewah
  12. Lot Pakir TTDI Grove Hadapan Premis Rest 1

Kawasan Cheras

  1. Jalan Orkid 3, Batu 8, Cheras
  2. Atas Padang diantara Jalan Temenggung 11/9, 13/9 dan 17/9 Seksyen  9 bandar Mahkota Cheras
  3. Jalan Balakng Jaya 1, Taman Impian Ehsan
  4. Jalan CJ 8, Taman Cheras Jaya
  5. Sepanjang Jalan Taman Tun Perak 3 (Hadapan bangunan Komp. Badminton Pro One)
  6. Kawasan lapang bersebelahan Padang Bola Sepak Taman Desa Baiduri Awam
  7. Tempat letak kereta, Bandar Tun Hussein Onn (bersebelahan Aeon Big)
  8. Tapak Pasar Malam Taman Harmoni Indah, Bukit Belimbing
  9. Jalan Desa Serdang 1, Taman Desa Serdang (berhampiran Minlon)

Kawasan Bangi

  1. Jalan 7/1A, Sek. 7, Bandar Baru Bangi (Tapak Pasar Malam)
  2. Seksyen 16, Bandar Baru Bangi (Tapai Pasar Malam)
  3. Tempat letak kereta Jalan 3/69, Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi
  4. Tapak Pasar Malam Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota
  5. Jalan Seri Putra 1/3, Bandar Seri Putra (tapak pasar malam)
  6. Kawasan lapang sebelah Jalan 2A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
  7. Jalan 4/1B, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi
  8. Lot Pakir Jalan Puteri 2A/1 Bandar Seri Puteri

Kawasan Semenyih

  1. Seksyen 1, Berhampiran Pasaraya Billion Bandar Teknologi Kajang
  2. Perkarangan Terminal Bas Semenyih Sentral
  3. Jalan TPS 1/1, Taman Pelangi Semenyih

Kawasan Beranang

  1. Di Jalan 3/1, Bandar Tasik Kesuma
  2. Tapak Pekan Sehari Beranang

Kawasan Hulu Langat

  1. Taman Seri Nanding (tapak pasar malam)

Senarai lokasi bazar ramadan tahun 2022 ini dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan akan dikemaskini jika ada sebarang perubahan.

Selamat Menyambut Ramadan Semua!

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel