-->

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Batu Pahat Tahun 2022

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Batu Pahat Tahun 2022

Bagi orang-orang Johor terutamanya di daerah Batu Pahat, anda boleh dapatkan senarai lokasi tapak Bazar Ramadan yang beroperasi di sekitar kawasan tersebut. Nak cari bazar ramadan di Batu Pahat, boleh tengok senarai sini.

Tahun ini, Kerajaan telah membenarkan pengoperasian semula Bazar Ramadan seperti biasa tetapi perlulah mengikut arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sama ada bagi peniaga atau pembeli.

Di bazar ramadan pastinya anda boleh dapatkan pelbagai juadah buka puasa yang kadang kala tiada ketika hari biasa. Dalam waktu ini, anda boleh dapatkan murtabak, ayam golek, tepung pelita, air katira dan banyak lagi. Yang penting jangan membazir.

Umat Islam di Malaysia dijangka akan mula berpuasa pada 2 April 2022 iaitu hari Sabtu sehingga 2 Mei 2022. Semoga Ramadan kali ini adalah lebih baik daripada bulan sebelum-sebelumnya.

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Batu Pahat

Mungkin anda merupakan penduduk tempatan atau mereka yang singgah di Batu Pahat ini untuk berbuka puasa, tetapi tidak tahu dimana lokasi bazar ramadan yang berdekatan.

BACASenarai Lokasi Bazar Ramadan Di Johor Bahru Tahun 2022

Jangan risau! ini merupakan senarai 14 tapak bazar ramadan di sekitar Batu Pahat yang akan beroperasi sepanjang bulan Ramadan untuk anda singah dan dapatkan juadah berbuka puasa.

  1. Pesta
  2. Senggarang (Hadapan Kompleks Niaga)
  3. Taman Kristal
  4. Taman Budaya
  5. Taman Cempaka Biru
  6. Jalan Kelab
  7. Taman Sri Sulong
  8. Bukit Perdana
  9. Taman Soga (Jalan Zamrud)
  10. Taman Kapal Layar (Tongkang Pechah)
  11. Rengit
  12. Taman Putera Indah (Jalan Parit Jalil)
  13. Banang Jaya
  14. Taman Universiti

Senarai lokasi bazar ramadan tahun 2022 ini dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat (BPBP) dan akan dikemaskini jika ada sebarang perubahan.

Selamat Menyambut Ramadan Semua!

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel