-->

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Subang Jaya Tahun 2022

Bazar Ramadan Di Subang Jaya Tahun 2022

Bagi orang-orang Selangor terutamanya di sekitar Subang Jaya, anda boleh dapatkan senarai lokasi tapak Bazar Ramadan yang beroperasi di sekitar kawasan tersebut. Nak cari bazar ramadan di Subang Jaya, boleh tengok senarai sini.

Tahun ini, Kerajaan telah membenarkan pengoperasian semula Bazar Ramadan seperti biasa tetapi perlulah mengikut arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sama ada bagi peniaga atau pembeli.

Di bazar ramadan pastinya anda boleh dapatkan pelbagai juada buka puasa yang kadang kala tiada ketika hari biasa. Dalam waktu ini, anda boleh dapatkan murtabak, ayam golek, tepung pelita, air katira dan banyak lagi. Yang penting jangan membazir.

Umat Islam di Malaysia dijangka akan mula berpuasa pada 2 April 2022 iaitu hari Sabtu sehingga 2 Mei 2022. Semoga Ramadan kali ini adalah lebih baik daripada bulan sebelum-sebelumnya

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Subang Jaya

Mungkin anda merupakan penduduk tempatan atau mereka yang singgah di Subang Jaya ini untuk berbuka puasa, tetapi tidak tahu dimana lokasi bazar ramadan yang beroperasi.

BACASenarai Lokasi Bazar Ramadan Di Shah Alam Tahun 2022

Jangan risau! ini merupakan senarai 18 tapak bazar ramadan yang ada di Subang Jaya, Selangor. Lokasi ini melibatkan zon Subang Jaya, Kinrara, Serdang, Sri Kembangan dan Puchong.

  1. USJ 1, Subang Jaya (Pangsapuri Angsana - bersebelahan surau)
  2. Pinggiran USJ (Jalan Pinggiran USJ 1/1)
  3. USJ 4, Subang Jaya (Jalan USJ 4/5)
  4. USJ 7 Subang Jaya (di hadapan Gerai Majlis USJ 7)
  5. SS19, Subang Jaya (Bersebelahan Shell)
  6. Batu 3 Shah Alam (Bersebalahan Tapak Pasar Malam Lama Batu 3)
  7. Putra Height (tepi jalan Petaling berhampiran Pangsapuri Sri Mutiara)
  8. Bandar Kinrara 5
  9. Taman Tenaga (Tapak letak kereta, Jalan Cenuk 1)
  10. Taman Seri Serdang
  11. Taman Equine
  12. Taman Puncak Jalil
  13. Taman Puchong Perdana (Jalan Perdana 2)
  14. Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong
  15. Taman Puchong Prima (Jalan Prima 5/1)
  16. Dataran Niaga Puchong Permai
  17. Taman Puchong Utama
  18. Bandar Bukit Puchong

Senarai lokasi bazar ramadan tahun 2022 ini dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan akan dikemaskini jika ada sebarang perubahan.

Selamat Menyambut Ramadan Semua!

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel