-->

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Kuantan Tahun 2022

Bazar Ramadan Di Kuantan Pahang Tahun 2022

Bagi orang-orang Pahang terutamanya di Kuantan, anda boleh dapatkan senarai lokasi tapak Bazar Ramadan yang beroperasi di sekitar kawasan tersebut. Nak cari bazar ramadan di Kuantan, boleh tengok senarai sini.

Tahun ini, Kerajaan telah membenarkan pengoperasian semula Bazar Ramadan seperti biasa tetapi perlulah mengikut arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sama ada bagi peniaga atau pembeli.

Di bazar ramadan pastinya anda boleh dapatkan pelbagai juadah buka puasa yang kadang kala tiada ketika hari biasa. Dalam waktu ini, anda boleh dapatkan murtabak, ayam golek, tepung pelita, air katira dan banyak lagi. Yang penting jangan membazir.

Umat Islam di Malaysia dijangka akan mula berpuasa pada 2 April 2022 iaitu hari Sabtu sehingga 2 Mei 2022. Semoga Ramadan kali ini adalah lebih baik daripada bulan sebelum-sebelumnya

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Kuantan

Mungkin anda merupakan penduduk tempatan atau mereka yang singgah di Kuantan ini untuk berbuka puasa, tetapi tidak tahu dimana lokasi bazar ramadan yang berdekatan.

Jangan risau! ini merupakan senarai 19 tapak bazar ramadan di sekitar Kuantan yang akan beroperasi sepanjang bulan Ramadan untuk anda singah dan dapatkan juadah berbuka puasa.

  1. Tapak Parkir Kereta Kantin Rahimah
  2. Tapak Taman Tas
  3. Tapak Jaya Gading
  4. Dataran Sayangi Kuantan
  5. Mahkota Square (Tapak Letak Kereta Taman Kerang)
  6. Serambi Teruntum
  7. Pantai Selamat Indera Mahkota
  8. Kota SAS
  9. Hadapan TMG Tanjung Lumpur
  10. Hadapan TMG Beserah
  11. Taman Impian
  12. Indera Sempurna 2
  13. Hentian Gambang
  14. Tunas Manja Sungai Isap
  15. Taman Gelora
  16. Balok Permai
  17. Tanjung Api
  18. Peramu
  19. Stadium Darul Makmur

Senarai lokasi bazar ramadan tahun 2022 ini dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan akan dikemaskini jika ada sebarang perubahan.

Selamat Menyambut Ramadan Semua!

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel