-->

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Johor Bahru Tahun 2022

Bazar Ramadan Di Johor Bahru Tahun 2022

Bagi orang-orang Johor terutamanya di daerah Johor Bahru, anda boleh dapatkan senarai lokasi tapak Bazar Ramadan yang beroperasi di sekitar kawasan tersebut. Nak cari bazar ramadan di Johor Bahru, boleh tengok senarai sini.

Tahun ini, Kerajaan telah membenarkan pengoperasian semula Bazar Ramadan seperti biasa tetapi perlulah mengikut arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sama ada bagi peniaga atau pembeli.

Di bazar ramadan pastinya anda boleh dapatkan pelbagai juadah buka puasa yang kadang kala tiada ketika hari biasa. Dalam waktu ini, anda boleh dapatkan murtabak, ayam golek, tepung pelita, air katira dan banyak lagi. Yang penting jangan membazir.

Umat Islam di Malaysia dijangka akan mula berpuasa pada 2 April 2022 iaitu hari Sabtu sehingga 2 Mei 2022. Semoga Ramadan kali ini adalah lebih baik daripada bulan sebelum-sebelumnya

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Johor Bahru

Mungkin anda merupakan penduduk tempatan atau mereka yang singgah di Johor Bahru ini untuk berbuka puasa, tetapi tidak tahu dimana lokasi bazar ramadan yang berdekatan.

BACASenarai Lokasi Bazar Ramadan Di Batu Pahat Tahun 2022

Jangan risau! ini merupakan senarai 21 tapak bazar ramadan di sekitar Johor Bahru yang akan beroperasi sepanjang bulan Ramadan untuk anda singah dan dapatkan juadah berbuka puasa.

  1. Taman Anggerik (Hadapan Gelanggan Futsal)
  2. Taman Bukit Mewah
  3. Taman Kota Puteri (Berhampiran Sekolah)
  4. Kg Skudai Kiri
  5. Bandar Baru Uda (Medan Selera BBU)
  6. Kampung Pasir
  7. Kg. Melayu Majidee
  8. Taman Dahlia
  9. Taman Desa Harmoni (Berdekatan Tangki Air)
  10. Taman Daya (Tapak Pasar Malam)
  11. Taman Bukit Kempas
  12. Taman Adda Height
  13. Taman Setia Tropika
  14. Taman Sri Plentong
  15. Ulu Tiram-Jalan Rambutan
  16. Taman Desa Jaya
  17. Taman Bukit Tiram
  18. Taman Bayu Puteri
  19. Taman Puteri Wangsa
  20. Taman Desa Cemerlang (Kawasan Lapang)
  21. Taman Tampoi Utama

Senarai lokasi bazar ramadan tahun 2022 ini dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan akan dikemaskini jika ada sebarang perubahan.

Selamat Menyambut Ramadan Semua!

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel