-->

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Ipoh Tahun 2022

Bazar Ramadan Di Ipoh Perak Tahun 2022

Bagi orang-orang Perak terutamanya di daerah Ipoh, anda boleh dapatkan senarai lokasi tapak Bazar Ramadan yang beroperasi di sekitar kawasan tersebut. Nak cari bazar ramadan di Ipoh, boleh tengok senarai sini.

Tahun ini, Kerajaan telah membenarkan pengoperasian semula Bazar Ramadan seperti biasa tetapi perlulah mengikut arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sama ada bagi peniaga atau pembeli.

Di bazar ramadan pastinya anda boleh dapatkan pelbagai juadah buka puasa yang kadang kala tiada ketika hari biasa. Dalam waktu ini, anda boleh dapatkan murtabak, ayam golek, tepung pelita, air katira dan banyak lagi. Yang penting jangan membazir.

Umat Islam di Malaysia dijangka akan mula berpuasa pada 2 April 2022 iaitu hari Sabtu sehingga 2 Mei 2022. Semoga Ramadan kali ini adalah lebih baik daripada bulan sebelum-sebelumnya

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Ipoh

Mungkin anda merupakan penduduk tempatan atau mereka yang singgah di Ipoh ini untuk berbuka puasa, tetapi tidak tahu dimana lokasi bazar ramadan yang berdekatan.

BACASenarai Lokasi Bazar Ramadan Di Manjung Tahun 2022

Jangan risau! ini merupakan senarai 19 tapak bazar ramadan di sekitar Ipoh yang akan beroperasi sepanjang bulan Ramadan untuk anda singah dan dapatkan juadah berbuka puasa.

  1. Medan Gopeng
  2. Perkarangan Stadium Perak
  3. Taman Jati
  4. Taman Perpaduan
  5. Taman Silibin
  6. Taman Tasek Indera
  7. Rapat Setia
  8. Halaman Meru Permai
  9. Pekan Chemor
  10. Desa Aman
  11. Taman Cempaka
  12. Taman Tanjung Perdana
  13. Chandan Desa, Simpang Pulai
  14. Taman Temara
  15. Taman Klebang Jaya
  16. Taman Chepor Indah
  17. Taman Ipoh Jaya
  18. Bandar Seri Botani
  19. Taman Bercham Raya

Senarai lokasi bazar ramadan tahun 2022 ini dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan akan dikemaskini jika ada sebarang perubahan.

Selamat Menyambut Ramadan Semua!

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel