-->

Senarai Lokasi Pasar Malam Di Melaka

Senarai Lokasi Pasar Malam Di Melaka

Bagi orang-orang Melaka, anda boleh dapatkan senarai hari dan lokasi tapak pasar malam yang beroperasi di seluruh negeri Melaka disini. Nak cari pasar malam near me sekitar, boleh tengok senarai sini.

Pasar Malam di Melaka ini pastinya menawarkan pelbagai juadah yang membuka selera. Ratusan jenis menu yang disediakan pastinya akan membuatkan anda terpesona dengan keunikan makanan dan produk tempatan yang dijual.

Disini, anda boleh dapatkan pelbagai jenis makanan dan minuman yang enak dan menyelerakan, barangan basah seperti sayur-sayuran, ikan segar, ayam segar, buah-buahan tempatan, pakaian harian dan banyak lagi.

Senarai Lokasi Pasar Malam Di Seremban

Mungkin anda merupakan penduduk tempatan atau mereka yang baru sahaja berpindah di Melaka ini, tetapi tidak tahu di mana lagi tapak pasar malam yang beroperasi. Jangan risau! Ini merupakan senarai lokasi tapak pasar malam yang ada di negeri Melaka

Jadi anda boleh datang di mana-mana lokasi pasar malam berdekatan dengan anda mengikut waktu operasi yang ditetapkan. Boleh nikmati macam-macam makanan dan minuman sedap disini.

ISNIN

  • Kampung Musai, Bukit Baru
  • Pantai Jaring, Tanjung Kling
  • Taman Bukit Melaka, Bukit Beruang
  • Tanjung Kling
  • Taman Telok Mas
  • Tanjung Bidara
  • Tampoi, Kerubong

SELASA

  • Kampung Gelam
  • Kampung Lapan, Bachang
  • Padang Temu
  • Taman Seri Duyong
  • Taman Sinn, Ujung Pasir
  • Lubuk China

RABU

  • Bertam Perdana
  • Batu 13, Sungai Udang
  • Bukit Katil
  • KM12, Pernu · Semabok
  • Taman Kerjasama, Bukit Beruang
  • Taman Peringgit Jaya
  • Depan Masjid Durian Tunggal
  • Taman Maju, Jasin

KHAMIS

  • Air Molek
  • Taman Harta Pertama, Jalan Depoh
  • Taman Melaka Baru, Batu Berendam
  • Taman Peruna, Sungai Udang
  • Rumah Awan Datin Fatimah, Bukit Rambai

JUMAAT

  • Rambai Jaya
  • Taman Bukit Serindit
  • Taman Desa Baru, Batu Berendam
  • Taman Malim Jaya
  • Taman Merdeka
  • Sungai Udang Jaya
  • Taman Telok Mas
  • Jonker Walk
  • Dataran Pahlawan Walk
  • Lubuk China
  • Taman Perindustrian Merlimau
  • Nyalas

SABTU

  • Batu 12, Sungai Udang
  • Kampung Tanfah Merah Jaya
  • Paya Ikan, Bukit Baru
  • Taman Bukit Katil
  • Taman Kota Laksamana
  • Taman MGBM, Bachang
  • Jonker Walk
  • Dataran Pahlawan Walk
  • Jasin
  • Cheng
  • Kuala Sungai Baru

AHAD

  • Air Keroh Height
  • Bandar Hilir
  • Batu Berendam
  • Kandang
  • Rumah Awam Paya Rumput
  • Pantai Kundor
  • Jonker Walk
  • Dataran Pahlawan Walk
  • Masjid Tanah

Senarai ini dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan akan dikemaskini jika ada sebarang perubahan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel