-->

Senarai Lokasi Pasar Malam Di Kelantan

Senarai Lokasi Pasar Malam Di Kelantan

Bagi orang-orang Kelantan, anda boleh dapatkan senarai hari dan lokasi tapak pasar malam yang beroperasi di seluruh negeri Kelantan disini. Nak cari pasar malam near me sekitar, boleh tengok senarai sini.

Pasar Malam di Kelantan ini pastinya menawarkan pelbagai juadah yang membuka selera. Ratusan jenis menu yang disediakan pastinya akan membuatkan anda terpesona dengan keunikan makanan dan produk tempatan yang dijual.

Disini, anda boleh dapatkan pelbagai jenis makanan dan minuman yang enak dan menyelerakan, barangan basah seperti sayur-sayuran, ikan segar, ayam segar, buah-buahan tempatan, pakaian harian dan banyak lagi.

Senarai Lokasi Pasar Malam Di Kelantan

Mungkin anda merupakan penduduk tempatan atau mereka yang baru sahaja berpindah di Kelantan ini, tetapi tidak tahu di mana lagi tapak pasar malam yang beroperasi. Jangan risau! Ini merupakan senarai lokasi tapak pasar malam yang ada di negeri Kelantan.

Jadi anda boleh datang di mana-mana lokasi pasar malam berdekatan dengan anda mengikut waktu operasi yang ditetapkan. Boleh nikmati macam-macam makanan dan minuman sedap disini.

Ahad

  • Berek 12, Kota Bharu
  • Kota Jembal (Kedai Lalat)
  • Gunong, Bachok 
  • Cabang Empat, Tumpat
  • Pengkalan Kubor (sebelah Masjid Pengkalan Kubor), Tumpat 
  • Dataran Peladang, Kuala Krai. 
  • Selising, Pasir Puteh

Isnin

  • Bandar Baharu Kubang Kerian (Jalan Tok Kenali), Kota Bharu
  • Padang Tembak, Kota Bharu 
  • Kok Lanas, Kota Bharu 
  • Kg. Laut, Tumpat 
  • To' Uban, Pasir Mas 
  • Bandar Machang 
  • Bukit Sireh, Kuala Krai. 

Selasa

  • Pekan Jelawat, Bachok 
  • Kota Jembal (Kedai Lalat), 
  • Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu
  • Kg. Tanjung Mas, Kota Bharu 
  • Bandar Tanah Merah (belakang Pasar Raya Aneka)
  • Pasir Tumboh Bandar Satelit
  • Beris Kubor Besar, Bachok
  • Jalan Pintasan Pasir Puteh
  • Kota Kubang Labu, Tumpat. 

Rabu

  • Flat Kg. Sireh, Kota Bharu
  • Padang Tembak, Kota Bharu
  • Kg. Kubor Maras (Langgar)
  • Kg. Tapang, Kota Bharu 
  • Kg. Teluk (Panji), Kota Bharu
  • Kg. Mulong, Kota Bharu 
  • Pantai Cahaya Bulan (Jalan Taman Buaya)
  • Jalan Tanjung Baharu (PCB), 
  • Pekan Peringat, Kota Bharu 
  • Padang KTM, Tumpat 
  • Kg. Morak, Tumpat 
  • Pusat Bandar Pasir Mas (berdekatan Plaza Serangkai Mas)
  • Gual Ipoh, Tanah Merah  
  • Bandar Kuala Krai (Pasar Malam Bandar KUALA KRAI) 

Khamis

  • Kawasan Perindustrian Lundang, 
  • Pekan Ketereh
  • Kg. Jambu Merah (berdekatan Jambatan Kada Resort, 
  • Kota Bharu | Gunong, Bachok   
  • Pekan Wakaf Bharu, Tumpat     
  • Tendong (berhampiran SK Othman Talib II)
  • Cabang Tiga Meranti, Pasir Mas 
  • Batu 11, Tanah Merah (depan Pusat Ternakan Pantai Timur)
  • Tok Bali, Pasir Puteh
  • Bandar Baharu Gua Musang 
  • Ketereh, pekan ketereh

Jumaat

  • Taman Sri, Pengkalan Chepa
  • Bandar Baharu Kubang Kerian (kawasan Pasar Raya Nirwana Mas),
  • Pekan Melor, Ketereh 
  • Pantai Irama, Bachok 
  • Kg. Berangan
  • Kg. Kok Majid, Tumpat
  • Temangan, Machang.

Sabtu

  • Bandar Tanah Merah (REDWALK Uptown Tanah Merah) 
  • Pekan Pengkalan Chepa (Taman Bendahara)
  • Pasir Tumboh Bandar Satelit Islam, Kota Bharu
  • Kg. Guchil Bayam, Kota Bharu 
  • Kg. Kok Pasir, Tumpat
  • Kg. Telaga Lanas, Tumpat
  • Kg. Tebing, Pengkalan Kubor
  • Kg. Repek (berhampiran SMK Tiang Chandi)
  • Beris Kubor Besar, Bachok 
  • Pekan Kuala Krai
  • Pekan Pasir Puteh

Senarai ini dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam Bandaraya Islam (MBKBBRI) dan akan dikemaskini jika ada sebarang perubahan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel