Resepi Choco Jar Dengan Rasa Manis Coklat Yang Mudah Disediakan
Anda tengah craving kruk-kruk choco jar ke tu? Apa kata, selain beli yang sudah tersedia, anda gunakan resepi ini untuk hasilkan choco jar anda sendiri. Anda boleh sediakan mengikut rasa manis dengan kuantiti anda sendiri. Jika berminat, boleh dibawa untuk berniaga juga.
[BACA] : Cara Buat Dan Resepi Bomboloni Viral Dengan Inti Krim Coklat
Choco Jar kini mendapat sambutan yang sangat hebat dikalangan rakyat Malaysia sehingga terdapat banyak jenama yang dikeluarkan. Ini kerana ianya mudah disediakan dan orang ramai beli pastinya sebab sedap dengan kemanisan coklat dan bubble rice tersebut.
Selain daripada penyediaan untuk anda sendiri, anda juga boleh jadikan choco jar ini sebagai side income atau pendapatan sampingan. Anda boleh sahaja jual dari rumah, tak perlu susah-susah nak buka kedai ke apa ke. Untuk lebih terperinci, anda boleh dapatkan panduan bisnes makanan delivery terus dari rumah ini.
Resepi Choco Jar Mudah Disediakan
Dengan anggaran kos tidak lebih daripada RM15 dan ianya mampu menyediakan sehingga 9 jar tau dengan hanya menggunakan 3 bahan sahaja. Inilah antara resepi chocojar yang paling mudah disediakan disamping mengekalkan kemanisan coklat.
Selain daripada coklat untuk bahan utama, choco jar akan menggunakan sama ada bubble rice, mini cococrunch, mini milo dan sebagainya. Untuk resepi kali ini, Syida Nara menggunakan mini crunch sahaja
Bahan-Bahan
- Mini coco crunch 2 pax 500 gram
- Coklat Beryl's Coin compound Milk 1/2kg (Guna separuh sebab banyak)
- Minyak masak atau minyak jagung 5 sudu besar
Cara Penyediaan
- Masukkan coklat beryl's ke dalam kuali untuk dicairkan menggunakan kaedah double boil
- Kemudian, bila coklat sudah cair boleh masukkan minyak masak.
- Sejukkan sekejab, kemudian boleh masukkn mini coco crunch.
- Gaul and bolhe tambah topping pilihan anda sendiri
Jangan lupa cuba tau...
sumber : Syida Nara