-->

Sedap Ke Grape Velvet Milk Black Diamond Dan Smoothie Coconut Jelly?

Grape Velvet Milk (Black Diamond) Dan Smoothie Coconut Jelly

Pihak Tealive baru sahaja memperkenalkan menu baru mereka berasaskan Grape Velvet iaitu ada 3 variasi; Grape Velvet Milk with Black Diamon, Grape Velvet Smoothie with Coconut Jelly dan juga Sparkling Grape Velvet with 3Q Jelly.

Dalam senarai 3 variasi ini, kami hellomakan (HM) sempat mencuba 2 sahaja iaitu Smoothie with Coconut Jelly dan juga Milk with Black Diamond. Untuk makluman awal, hanya 1 sahaja yang kami rasa sedap dan berbaloi untuk dicuba. Nak tahu mana satu?

Review Menu Baru Tealive Grape Velvet

Grape Velvet Milk (Black Diamond) Dan Smoothie Coconut Jelly

Ketiga-tiga menimuan terbaru Tealive ini menggunakan grape velvet iaitu perisa anggur yang rasanya seperti ribena. Tetapi ianya diolah dengan 3 perisa berserta topping masing-masing. Ada sparkling, milk dan smoothie. Untuk topping ada 3Q Jelly, Black Diamond dan juga Coconut Jelly. Untuk harganya pula:

  • Sparkling Grape Velvet with 3Q Jelly - RM8.90 (R) dan RM9.90 (L)
  • Grape Velvet Milk with Black Diamond - RM9.90 (R) dan RM10.90 (L)
  • Grape Velvet Smoothie with Coconut Jelly - RM10.90 (L)

Untuk review kali ini, ada hanya untuk milk dan smoothie. Sedap ke tidak?

Untuk Grape Velvet Smoothie with Coconut Jelly, bagi pendapat peribadi HM, kami rasakan ianya rasa seperti ribena yang ditambah dengan topping jelly sahaja. Jadi ianya sedikit masam. Bagi yang suka rasa masam anggur, sesuai untuk anda. 

Grape Velvet Smoothie bersama coconut jelly

Manakala, bagi kami, Grape Velvet Milk with Black Diamond adalah yang paling sedap. Ini kerana ianya gabungan antara rasa masam anggur dan juga manis susu ditambah pula dengan jelly black diamond yang lembut. Untuk rasa ianya seperti rasa extra joss anggur atau vitagen anggur.

Rasanya seimbang antara masam dan manis. Jadi ianya sedap untuk dihirup lagi-lagi ketika waktu panas ini. Tetapi pastikan anda goncang atau kacau hingga sebati terlebih dahulu. Pastikan semua anggur velvet anggur tersebut sebati dengan susu, barulah best untuk minum.

Grape Velvet Milk with Black Diamond

Jadi bagi kami, hanya Grapve Velvet Milk sahaja yang kami boleh beli lagi dan bukan Grape Velvet Smoothie sebab kami tidak suka masam. Untuk Sparkling Grape Velvet pula, kami tidak sempat lagi untuk merasainya setakat ini.

[BACA]

Jadi kalau tanya kami, anda boleh cuba dahulu dengan minuman Tealive Grape Velvet Milk with Black Diamond. Anda boleh buat tempahan secara terus di kaunter atau pickup. Selain itu, digalakkan untuk buat tempahan secara delivery sahaja iaitu menerusi GrabFood, FoodPanda, aplikasi Touch 'n Go eWallet atau menggunakan aplikasi Tealive.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel