-->

Waktu Operasi McDonalds Sepanjang Tempoh PKP 3.0 Bermula 25 Mei 2021

Waktu Operasi McDonalds Dan McDelivery Sepanjang Tempoh PKP 3.0 Bermula 25 Mei 2021

Rakyat Malaysia sedia maklum, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0), Kerajaan telah memendekkan waktu operasi bagi perniagaan termasuk restoren dan kedai makan. Ianya merupakan SOP yang lebih ketat diumumkan berkuatkuasa 25 Mei 2021.

Melalui SOP tersebut, waktu operasi bagi perniagaan seperti kedai makan, restoren dan kedai serbaneka hanya dibenarkan beroperasi bermula 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Untuk SOP penuh, boleh rujuk Sekatan Tambahan PKP 3.0 disini.

Waktu Operasi McDonalds Sepanjangn PKP 3.0

Salah satu premis yang terkesan dengan SOP ini adalah restoren McDonalds di seluruh negara. McDonalds mengumumakan waktu operasi bagi premis makanan mereka bagi kawasan PKP 3.0 berkuatkuasa 25 Mei sehingga tamat PKP.

Ianya selari dengan SOP yang diumumkan oleh pihak Kerajaan dimana bagi tempahan secara pandu-lalu (drive-thru) atau bawa pulang, anda boleh buat pesanan bermula 8.00 pagi hingga 8.00 malam. 

Manakala bagi McDelivery, anda boleh buat pesanan bermula 8.00 pagi hingga 7.30 malam. Ini adalah waktu terakhir untuk anda buat pesanan bagi tempahan secara online di website di www.mcdelivery.com.my. Dine-in masih tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP selari dengan SOP.

Waktu Operasi McDonalds Sepanjang Tempoh PKP 3.0 Bermula 25 Mei 2021

Jadi kepada anda yang ingin membuat pesanan McDonalds, sila ikut arahan waktu operasi ini supaya setiap pesanan anda, dapat diperoleh sama ada melalui khidmat pandu lalu, bawa pulang atau McDelivery.

Bila beratur di kaunter restoren, pastikan anda kekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter dan jangan lupa untuk imbas MySejahtera sebelum memasuki premis.

Sekarang pula, McD tengah tengah ada promosi iaitu The BTS Meal. Anda akan dapat 10 ketul Chicken McNuggets, minuman Coke, Fries dan juga 2 sos eksklusif by BTS iaitu Sweet Chili dan Cajun. Jadi jangan lupa pergi order sekarang!

The BTS Meal Malaysia

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel