-->

Tawaran RM6 Untuk Minuman Tealive Bermula Hari Ini

Tealive Belanja Semua Jenis Minuman Dengan Harga RM6 Sahaja

Sempena pembukaan cawangan ke-600 #Tealive600, Tealive hari ini mengumumkan tawaran pembelian dengan harga RM6.00 bagi semua jenis minuman (regular) di semua cawangan Tealive seluruh Malaysia. 

Tawaran ini berlangsung selama 6 hari iaitu 20 Mei hingga 25 Mei 2021 bermula jam 5 petang. Untuk pengetahuan, cawangan yang ke-600 adalah di Taman Nusantara, Gelang Patah, Johor Bahru yang dibuka pada 17 Mei 2021.

Tawaran Semua Jenis Minuman Dengan Harga RM6 di Tealive

Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk nikmati minuman bubble tea Tealive kegemaran anda. Tawaran ini untuk semua minuman saiz Regular dan tempahan hanya melalui Self Pick-Up sahaja dengan menggunakan aplikasi Tealive atau Touch 'n Go eWallet. Jangan lupa untuk masukkan kod promo "RM6" sebelum buat pembayaran.

Harga ini tidak termasuk 6% SST dan juga Coffee dan minuman panas. Sepertinya, minuman smoothies juga tidak termasuk di dalam tawaran ini.

Sebenarnya selain daripada tawaran minuman bubble tea RM6, terdapat banyak lagi tawaran menarik yang ditawarkan oleh pihak Tealive seperti 6 Daily Prize Giveaway, RM6 App Voucher, RM6 All-Day Promo dan banyak lagi.

Tealive Belanja Semua Jenis Minuman Dengan Harga RM6 Sahaja

Ada hadiah Tote bag Edisi Terhad TealiveXOXWHITE, baucer RM50 tealive online store dan juga baucer RM80 tealive cash. Anda hanya perlu simpan resit pembelian bagi melayakkan anda untuk giveaway ini.

[BACA] : Dine-In Di Restoran Tidak Dibenarkan Sepanjang Tempoh PKP Berlangsung

Tealive Belanja Semua Jenis Minuman Dengan Harga RM6 Sahaja

Untuk maklumat lanjut berkaitan 600 Outlets Celebration ini, boleh pergi ke Facebook atau Instagram Tealive.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel