-->

Jadual Suhu Dan Masa Memasak Bagi Penggunaan Air Fryer

Jadual Suhu Dan Masa Memasak Bagi Penggunaan Air Fryer

Sistem Air Fryer adalah berfungsi berpandukan tetapan atau setting suhu dan masa yang ditetapkan oleh kita sendiri. Setiap masakan mempunyai suhu dan masa yang berbeza untuk ianya masak dengan baik.

Jadi kepada anda terutamanya pengguna Air Fryer, anda boleh jadikan rujukan jadual tetapan suhu dan masa ini untuk memasak masakan menggunakan perkakas dapur ini.

Air Fryer merupakan sebuah perkakas atau alat elektrik bagi memudahkan aktiviti memasak di dapur. Ianya berfungsi seperti menggoreng tetapi hanya menggunakan angin panas (fry) sahaja. Ianya kini sudah menjadi sangat terkenal terutamanya di Malaysia dan katanya antara alat perkakas yang wajib ada pada setiap dapur.

[BACA] : Nescafe Dolce Gusto Genio S Merupakan Mesin Kopi Terbaik Di Malaysia Dengan Harga Bawah RM700

Rata-rata yang membelinya kerana ianya mampu menggoreng masakan tanpa menggunakan minyak dan sekali gus ambilan makanan menjadi lebih sihat untuk kesihatan kita.

Jadual Suhu Dan Masa Masakan Menggunakan Air Fryer

Jadi untuk menggunakannya, kita mestilah tahu suhu dan masa yang sesuai untuk makanan tersebut. Setting atau tetapan ini mungkin sedikit berbeza mengikut jenis Air Fryer. Anda boleh jadikan ianya sebagai rujukan.

Jika nak lebih terperinci bagi setiap tetapan suhu dan masa bagi setiap masakan, boleh dapatkan buku 77 Resepi Istimewa Air Fryer.

Makanan Suhu,°C/Min Makanan Suhu,°C/Min
Ikan kembung 160/20 Ayam bakar 180/10+10
Ikan keli 200/10+7 Ayam seekor 230/30
Ikan cencaru sumbat 200/15 Ayam panggang 140/45
Ikan steam 160/40 Ayam goreng tepung 16/40
Ikan bilis 160/10 Daging hiris bakar 180/15+15
Salmon grill 180/20 Lamb chop 180/16
Fish boil 180/10 Sotong kari kering 200/10
Sate ikan lokcing 150/20 Sotong kukus 180/25
Telur masak penuh 160/20 Daging burger 180/7+7
Telur separuh masak 160/10 Nugget & sosej 180/10
Telur dadar 160/10 French fries 150/10
Telur rebus 160/14 Roti telur tak goyang 180/5
Jagung bakar sapu marjerin 170/20 Roti bakar cheese 180/5
Pisang karamel 180/10 Brownies 140/50
Pisang goreng tepung 200/5 Choclate Muffin 160/12
Keropok lekor gual minyak 180/15 Donat segera 140/5
Keropok/kerepek keping 160/5 Roti canai segera 180/5
Kerepek crab stik 160/15 Samosa 140/20
Kerepek binjai 160/10 Jemput-jemput 180/10+10
Papadom 170/10 Bergedil 170/13
Tempe 160/15 Pizza 160/20
Cendawan tepung 160/20+10 Tauhu goreng 180/20
Kacang tanah 160/15 Kacang gajus 140/5

Jadual Suhu Dan Masa Memasak Bagi Penggunaan Air Fryer

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel