-->

Nikmati Snek Mission Corn Strips Terbaru Dengan Rasa Enak

Nikmati Snek Mission Corn Strips Terbaru Dengan Rasa Berbeza

Jika anda mencari kerepek atau snek lazat dan enak terbaru, anda boleh cuba kenikmatan yang ditawarkan daripada snek Mission Corn Strip daripada Mussion Food. Cuba sekali, pasti nak beli lagi.

Mission Food telah memperkenalkan satu lagi produk terbaru dalam bentuk snek iaitu Mission Corn Strips yang sangat enak untuk memenuhi selera para penggemarnya yang inginkan rasa, pengalaman dan keenakan snek Mission Corn Strip dengan cara yang berbeza.

Perisa Mission Corn Strips

Ianya didatangkan dengan 3 perisa iaitu Tom Yum, Peri Peri dan Szechuan Pedas, snek yang ringan dan rangup ini pastinya mampu meledakkan deria rasa dan memikiat jiwa penggemar snek seterusnya menjadi tumpuan rakyat Malaysia.

Nikmati Snek Mission Corn Strips Terbaru Dengan Rasa Enak

Jadi jika anda lepas ni, nak tengok Netflix atau nak chill serta lepak bersama rakan. Anda boleh hidangkan dengan juada Mission Corn Strips ini. Makan sambil menonton atau makan bersama rakan-rakan.

BACA : Walls Memperkenalkan Aiskrim Istimewa, Aiskrim Boba Tealive

Mssion Corn Strips dihasilkan menggunakan 100 peratus jagung sebenar dan tiada pengawet untuk rasa asli serta menyempurnakan gigitan sebenar. Ia juga mengandungi kurang 40% minyak berbanding kerepek kentang, tanpa pewarna, Non-GMO dan perakui halal.

Anda boleh dapatkan Mission Corn Strips di mana-mana kedai runci berdekatan dengan harga RM6.83 untuk setiap perisa dengan saiz 120g atau RM5.70 dengan saiz 100g. Anda juga boleh dapatkan secara online di Shopee atau Lazada.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel