-->

Seleksi 8 Resepi Pemanis Mulut Untuk Majlis Rumah Terbuka

Resepi Pemanis Mulut

Jika anda bercadang untuk adakan rumah terbuka pada Hari Raya Aidilfitri kali ini, jangan lupa untuk hidangkan juga pemanis mulut. Tak tahu nak buat? Anda boleh tengok sini terdapat 8 resepi pemanis mulut untuk anda hidangkan kepada tetamu.

Pemanis mulut pastinya merupakan juadah sampingan yang dihidangkan pada akhir sesi selepas santapan juadah utama. Pemanis boleh jadi buah-buahan, kek, manisan, aiskrim atau apa-apa makanan yang manis yang mudah dimakan ketika akhir sesi jamuan.

[BACA] : 10 Resepi Kuih Dan Biskut Raya Paling Popular Sepanjang Zaman

Orang cakap, kalau buat jamuan seperti kenduri, rumah terbuka hari raya atau apa-apa majlis keramaian, tiada santapan atau juada pemanis mulut, maka tak lengkap la jamuan tersebut. At least kena sediakan juga 1 jenis.

8 Resepi Pemanis Mulut Untuk Dihidangkan Kepada Tetamu Sempena Rumah Terbuka Aidilfitri

Menu mungkin kek, kuih muih, agar-agar dan macam-macam lagi. Jom tengok seleski pemanis mulut yang pastinya manis dan sedap.

#1 - Durian Crepe

Durian Crepe

Dengan anggara saiz hidangan daripada bahan yang disenaraikan adalah untuk 10-12 biji durian crepe orang untuk kos RM18 sahaja

Bahan Kulit (10-12 keping)

  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu makan tepung ubi kayu
  • 1 sudu makan tapung ubi kentang
  • 1 sudu makan tepung kastard
  • Sedikit garam
  • 2 sudu makan gula icing
  • 1 biji telur saiz B
  • 1 sudu besar minyak jagung
  • Setengah cawan air
  • Setengah cawan susu cair
  • Sedikit esen vanila
  • Beberapa titik pewarna kuning

Bahan Inti Kastard Durian

  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 250ml susu cair
  • 1 biji telur kuning
  • Isi durian yang dihancurkan

Filling Whipping Cream

Cara Memasak

  1. Kesemua tepung diatas diayak terlebih dahulu dan masukkan ke dalam satu bekas
  2. Masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telur yang dipukul sebati dan masukkan air, susu segar serta pewarna kuning
  3. Kacau guna pemukul tangan sahaja. Kemudian tapis
  4. Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter) api sederhana
  5. Sapu kuali dengan sedikit minyak. (oles guna tisu)
  6. Apabila kuali dah panas, angkat dan masukkan kurang satu senduk adunan ke dalam kuali
  7. Lenggangkan kuali sehingga adunan rata dan nipis. Pastikan crepe tadi memenuhi permukaan kuali
  8. Letak kembali kuali di atas dapur untuk seketika dan kemudian angkat. Jangan lama sebab nanti crepe akan hangus
  9. Ulangi langkah sehingga habis. Boleh ditindih-tindih kulitnya. Insyaallah tidak melekat.
  10. Untuk menyediakan kastard durian, dalam periuk non stick, masukkan gula, tepung kastard, sebiji kuning telur dan susu cair dalam empat sudu dulu
  11. Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi
  12. Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga kental/pekat. Tutup api dan sejukkan inti kastard
  13. Isi durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan inti kastard dan masukkan ke dalam piping bag. Masukkan dalam peti sejuk supaya ia tak cair
  14. Bagi menyediakan filling whipping cream, dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan whipping cream
  15. Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan ke dalam piping bag dan letak dalam freezer sekejab supaya tak cair
  16. Untuk membungkus, sediakan kulit, letak whipping cream dulu. Kemudian letak pula inti kastard durian dan letak lagi whipping atas kastard tadi.
  17. Bungkus dengan kemas dan letakkan dalam cawan kertas

#2 - Agar-Agar Gula Melaka

Agar-Agar Gula Melaka

Bahan A

Bahan B

  • 100ml santan pekat atau santan kotak
  • 150ml air
  • 1 biji telur

Cara Memasak

  1. Campurkan semua bahan A
  2. Masak hingga larut
  3. Campurkan pula bahan B, kemudian campurkan dalam A setelah mendidih
  4. Terus kacau, apabila mendidih semula tutup api
  5. Masukkan dalam acuan
  6. Sejukkan sebelum dihidangkan

#3 - Kuih Nona Manis

Kuih Nona Manis

Bahan A

  • 1 biji telur
  • Setengah cawan gula halus
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum

Bahan B

  • Setengah cawan santan pekat
  • Setengah cawan air pandan (atau 5 helai daun pandan)
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • Secubit garam
  • Beberapa titik pewarna hijau epal

Bahan C

  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Setengah sudu teh garam

Cara Memasak

  1. Untuk menyediakan bahagian putih. Pukul telur sampai kembang. Ketepikan
  2. Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, santan, kacau rata
  3. Campurkan telur ke dalamnya dan kacau rata hingga sebati. Ketepikan
  4. Untuk menyediakan adunan hijau: Kisar daun pandan dengan setengah cawan air. Tapiskannya
  5. Satukan air pandan dan santan
  6. Campurkan gula, tepung jagung, secubit garam dan sedikit pewarna hijau
  7. Kacau rata dan tapiskan dalam periuk
  8. Satukan bahan A dan B
  9. Masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikti pekat
  10. Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan putih
  11. Satukan semua bahan C, kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga pekat
  12. Tunggu suam sikit dan masukkan dalam piping bag
  13. Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
  14. Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung
  15. Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
  16. Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
  17. Kukus selama 7-10 minit
  18. Angkat dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan.

#4 - Kek Pisang

Kek Pisang

Bahan-Bahan

  • 5 biji pisang berangan (kisar)
  • 200g gula kastor
  • 4 biji telur
  • 190g mentega (cairkan)
  • 5g esen vanila
  • 5g esen pisang
  • 180g tepung
  • 5g serbuk penaik
  • 5g baking soda

Cara Memasak

  1. Campurkan pisang yang telah dikisar, mentega yang telah dicairkan dan gula
  2. Putar hingga sebati, kemudian tambahkan telur
  3. Terus kacau hingga sebati bersama
  4. Baru masukkan campuran esen vanila dan esen pisang
  5. Akhir sekali masukkan campuran tepung, soda dan serbuk penaik
  6. Putar lagi seketika
  7. Masukkan dalam loyang pembakar yang telah disapukan dengan mentega
  8. Bakar dengan suhu 170°C dan bakar selama 35-40 minit.

#5 - Kek Marble

Kek Marble

Bahan-Bahan

  • 1 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 3 biji telur gred B
  • 1 setengah cawan tepung gandum (ayak)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • 2 sudu makan serbuk koko

Cara Memasak

  1. Pukul mentega dengan gula 10-12 minit
  2. Masukkan telur satu persatu sambil pukul perlahan
  3. Kemudian, masukkan esen vanila, tepun gandum, baking powder.
  4. Guna kaedah kaup balik sahaja dan masukkan susu pekat manis. Gaul hingga sebati semua bahan
  5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Adunan pertama warna asal. Warna kedua letakkan 2 sudu besar serbuk koko
  6. Ambil satu senduk adunan dan letak ditengah-tengah loyang. Jangan ratakan
  7. Kemudian ambil satu senduk adunan koko tindihkan tengah adunan pertama tadi, jangan ratakan juga. Ulang hingga habis adunan tersebut
  8. Setelah siap boleh lorekkan dengan lidi
  9. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C dan bakar selama 45 minit atau hingga masak

#6 - Nutella Cheese Tart

Nutella Cheese Tart

Bahan A : Cream Cheese

  • 250g cream cheese
  • 15g mentega
  • 50g gula icing
  • Setengah biji telur (pukul ringan dengan sudu)
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan B : Cengkerang Tart

  • 250g mentega tulin
  • 450g tepung
  • 1 sudu makan susu tepung
  • 150 gula icing
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara Memasak

  1. Pukul mentega dengan gula icing hingga sebati, tambahkan telur dan esen vanila
  2. Masukkan tepung yang telah diayak bersama susu tepung sedikit demi sedikit. Adu sebati hingga menjadi doh lembut
  3. Canaikan doh dan masukkan dalam acuan cengkerang tart yang disediakan
  4. Bakar dengan suhu 165°C selama 15-20 minit
  5. Untuk menyediakan krim keju, pukul krim keju bersama mentega dan gula icing hingga kembang
  6. Masukkan telur dan esen vanila
  7. Putar hingga kembang dan lembut
  8. Setelah siap masukkan dalam piping bag dan paipkan dalam cengkerang yang telah siap tadi.
  9. Bakar semula pada suhu 165°C selama 12-15 minit
  10. Setelah sejuk hias atasnya dengan nutella drizzle dengan piping bag

#7 - Kek Keladi Kastard

Kek Keladi Kastard

Bahan-Bahan

  • 150g tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 150g gula kastor
  • 5 biji telur
  • 4 helai daun pandan (kisar dengan 80ml air)
  • 80ml mentega cair
  • 1 sudu teh ovalette
  • 1 sudu makan pewarna purple
  • 1 sudu teh keladi emulco atau perisa

Bahan A : Keladi Kastard

Bahan B : Keladi Kastard

Bahan Hiasan

  • 1 cawan kelapa parut kering

Cara Memasak

  1. Ayak tepung naik sendiri dengan serbuk penaik
  2. Satukan gula kastor, ovalette, bahan ayak
  3. Putar laju hingga putih dan gebu (lebih kurang 8 minit)
  4. Masukkan air pandan, pewarna purple emulco. Putar laju
  5. Masukkan mentega cair, putar perlahan
  6. Bakar dalam ketuhar yang sedia dipanaskan selama 40 minit dengan kepanasan 170°C
  7. Setelah masak sejukkan
  8. Sementara itu, sediakan bahan keladi kastard. Campurkan semua bahan A dalam periuk
  9. Masak atas api sederhana sehingga mendidih. Kacau sehingga gula hancur
  10. Satukan bahan B dalam mangkuk dan gaul rata
  11. Campur dalam bahan A
  12. Kacau atas api sederhana sehingga adunan pekat dan mendidih. Sediakan acuan bulan 8"
  13. Kemudian mula melapiskan bermula dengan kastard, kek, kastard, kek dan berakhir dengan kastard
  14. Sejukkan selama 1 jam sebelum hidang

#8 - Kuih Kaswi Gula Merah

kuih kaswi gula merah

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan gula merah atau gula perang
  • 5 cawan
  • 3/4 sudu teh kapur makan (campur dengan 3 sudu makan air)
  • (Guna cawan metrik untuk sukatan yang tepat)

Cara Memasak

  1. Daripada 5 cawan air, panaskan sekejab 2 cawan air untuk larutkan gula dan gula perang. Bila semua dah larut, tapis dan sejukkan
  2. Dalam bekas yang besar, masukkan air gula dan baki air tadi bersama bahan-bahan lain. Kacau sebati dan barulah dimasukkan air kapur yang telah dicampur air. 
  3. Jangan terlebih guna air kapurt. Nanti kuih akan rasa pahir dan juga keras
  4. Didihkan air dalam periuk kukusan dan alas penutup pengukus dengan kain tuala untuk elakkan air menitik ke atas permukaan kuih yang akan dikukus nanti
  5. Oles acuan dengan sedikit minyak masak dan barulah dituangkan adunan kuih
  6. Kukus kuih guna api sederhana selama 30-40 minit bergantung pada saiz loyang yang digunakan
  7. Bila kuih masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong
  8. Gaul potongan Kuih Kaswi dalam kelapa muda parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan gula (pilihan). Boleh juga gaul dengan kelapa parut kosong kerana kuih sudah rasa manis
  9. Sedia untuk dinikmati

Jangan lupa cuba tau...

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel