-->

Breakfast Ala Barat. Ini Resepi Tuna Croissant Untuk Anda Cuba Di Rumah

resepi tuna croissant

Croissant ini terkenal di Perancis. Ianya sama seperti roti tetapi diberi bentuk unik dan rasa roti yang lebih lemak. Jadi resepi kali ini, kita pergi ke ala barat, resepi Tuna Croissant yang anda boleh cuba.

Roti pastinya sesuai dimakan pada pagi hari. Dimakan pula bersama inti tuna, keju dan sayuran. Nampak sedap kan. Dengan kaedah bakar, jom kita tengok resepi inti Tuna Croissant berlemak untuk dicuba di rumah bagi penyediaan untuk sekeluarga.

[BACA] : Resepi Kuih Cara Berlauk Daging Kisar Confirm Sedap

Roti croissant juga sesuai dihidangkan ketika masjlis keramaian untuk nampak hidangan lebih mewah dan eksklusif. Yelakan, roti yang dibentuk dengan bentuk unik dengan warna keperangan. Nampak lazat dan menarik kan.

Resepi Tuna Croissant Yang Berlemak

Anggaran daripada bahan-bahan yang disenarikan adalah untuk 6 orang iaitu kira-kira 30 keping croissant. Anggaran kos pula sekitar RM30

Bahan Croissant/Pastri

Bahan Inti Tuna

  • *2 tin tuna in oil
  • 1 biji bawang Holland
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 sudu makan mayones
  • 1 sudu teh jus perahan lemon
  • Salad secukupnya
  • Hirisan tomato
  • Kepingan keju cheddar

*Tapi dan lenyekkan tuna, tambahkan bawang holland, serbuk lada hitam, garam, mayones dan perahan lemon. Gaul rata dan sedia digunakan sebagai inti

Cara Memasak

  1. Canai pastri majerin berbentuk 4 segi tepat dan sejukkan.
  2. Campurkan tepung, garam, yis, gula, susu tepung dan telur dan gaul sekata
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sebati sehingga menjadi doh
  4. Rehatkan semua doh selama 10 minit (tutup dengan plastik)
  5. Canai doh asal menjadi 4 segi tepat setelah 6mm
  6. Letakkan pastri margerin di tengah doh
  7. Tutup pastri marjerin dengan melipat doh kiri dan kanan seperti buku
  8. Canai doh dan ulang lagi melipat doh sebanyak 3 kali
  9. Simpan doh selama 1 jam di dalam peti sejuk
  10. Keluarkan dan canaikan doh setelah 3mm
  11. Potong doh kepada bentuk segitiga
  12. Gulung seperti bulan sabit dan gris dengan sapuan telur
  13. Biarkan doh naik sekali ganda dan gris dengan sapuan telur sekali lagi
  14. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada 200 selama 20 minit
  15. Sejukkan croissant dan belah bahagian tengah croissant, sapukan mentega di dalamnya dan letakkan sekeping keju cheddar, salah dan tomato. Diikuti dengan tuna
  16. Sedia untuk dinikmati

resepi tuna croissant

Jangan lupa cuba tau...

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel