-->

Resepi Mudah, Pizza Homemade Confirm Sedap

resepi pizza homemade

Anda sedang mencari resepi pizza homemade yang sedap, anda boleh tengok perkongsian disini. Caranya pula tidaklah begitu rumit. Boleh buat sendiri di rumah.

Biasa kalau kita nak makan pizza, kita akan buat pesanan melalui Pizza Hut atau Domino's. Tapi kali ni, apa kata anda buat sendiri mengikut resepi yang dikongsikan ini. Jadi anda bebas untuk tetapkan jumlah topping yang ingin letak bersesuaian dengan kemahuan anda sendiri.

Resepi Pizza Homemad

Resepi ini pernah dikongsikan oleh pengguna facebook Hidayatul Hana yang mana mendapat share yang tinggi daripada pengguna facebook lain juga. Confirm sedap punya!

[BACA] : Breakfast Ala Barat. Ini Resepi Tuna Croissant Untuk Anda Cuba Di Rumah

Bahan Doh Pizza

  • Setengah cawan air suam
  • 1 sudu makan yis
  • 1 sudu teh gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan minyak zaitun atau minyak masak sahaja
  • 1 sudu teh garam

Bahan Topping Pizza

Cara Memasak

  1. Campurkan air suam, yis serta gula. Biarkan dalam 10 minit hingga yis kembang
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan tepung, garam dan minyak
  3. Gaul rata dan masukkan yis yang sudah kembang tadi
  4. Uli seketika hingga doh tidak melekat di tangan. Perap selama 1 jam
  5. Bila cukup 1 jam, ambil doh tadi dan tumbuk beberapa kali bagi mengeluarkan angin
  6. Taburkan tepung di atas papan pencanai. Bahagikan doh kepada 2 bahagian
  7. Canai doh berbentuk bulat dan letakkan dalam loyang bersaiz 9 inci yang sudah dilenser dengan sedikit mentega atau minyak
  8. Ambil garpu dan cukup pada doh
  9. Sapu sos pasta diatas doh dengan secukupnya dan tabur sedikit parutan keju
  10. Letak hirisan sosej, crabstick, capsicum dan bawang. Topping ini juga boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa anda
  11. Tabur keju mozarella di permukaan pizza. Lebih banyak, lebih sedap
  12. Sebelum dibakar, biar pizza selama 15 minit
  13. Untuk membakarnya, panaskan ketuhar pada suhu 200°C dan bakar selama 25-30 minit
  14. Sedia untuk dinikmati

Jangan lupa cuba tau...

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel