-->

Resepi Kuih Cara Berlauk Daging Kisar Confirm Sedap

resepi kuih cara daging kisar

Kepada peminat kuih tradisional, anda boleh cuba buat sendiri kuih ini iaitu kuih Cara Berlauk Daging Kisar bersama resepi yang dikongsikan disini.

Kuih tradisional masih mempuyai peminatnya yang tersendiri. Walaupun kini tak ramai yang menjualnya, tetapi masih mendapat sambutan apabila dijual di pasar-pasar malam, bazar Ramadan atau disediakan pada mana-mana majlis keramaian.

Resepi Kuih Cara Berlauk Daging Kisar

Untuk berminat, ini resepi kuih Cara Berlauk Daging Kisar untuk anda

Bahan Inti

  • Minyak masak untuk menumis
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dipotong dadu)
  • 2 sudu besar serbuk kari (bancuh dengan air jadikan pes)
  • 300g daging kisar
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa

[BACA] : Resepi Keema Kambing Dimakan Bersama Roti Nan

Bahan Kuih Cara

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur ayam
  • Setengah sudu kecil garam
  • 1/4 sudu kecil pewarna kuning
  • 4 cawan santan cair

Bahan Hiasan

  • 2 biji cili merah (dihiris halus)
  • Bawang goreng
  • Daun sup

Cara Memasak

  1. Cara Masak Inti : Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan
  2. Masukkan pes serbuk kari. Tumis lagi sehingga pecah minyak
  3. Masukkan daging kisar, lada sulah dan garam. Kacau sehingga air daging kering
  4. Cara Masak Kuih Cara : Dalam mangkuk, masukkan tepung gandum, telur ayam, garam, pewarna kuning dan santan. Kacau sebati semuanya
  5. Tapis supaya tiada tepung yang berketul
  6. Panaskan loyang kuih cara. Sapu sedikit minyak masak. Tuang adunan ke dalam loyang. Sudukan inti daging
  7. Tabur sedikit bahan hiasan di atasnya. Tutup loyang
  8. Biarkan masak. Angkat. Ulang sehingga adunan habis

Jangan lupa cuba tau..

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel