-->

Resepi Creampuff Dengan Tekstur Yang Lembut Dan Manis

resepi creampuff mudah dibuat

Creampuff adalah salah satu juadah pemanis mulut kerana rasa manis yang ada padanya. Oleh itu, ia sesuai dimakan selepas santapan utama terutamanya jika mengadakan apa-apa majlis keramaian. Ini resepi untuk anda.

2 perkara penting pada Creampuff yang menjadikan ianya disukai orang ramai orang adalah tekstur luarannya yang lembut serta inti di dalamnya yang manis. Jadi bila dimakan, pastinya memberikan kemanisan yang lembut dan sudah pastinya sedap.

[BACA] : Seleksi 8 Resepi Pemanis Mulut Untuk Majlis Rumah Terbuka

Jadi, jangan berlengah lagi, jika anda bercadang ingin adakan apa-apa majlis keramaian atau rumah terbuka hari raya, anda boleh sediakan juadah creampuff dengan mengikuti resepi yang dikongsikan dibawah

Resepi Creampuff Yang Lembut Dan Rasa Manis

Ini adalah resepi creampuff atau japanese creampuff yang mudah sahaja dibuat sendiri di rumah.

Bahan-Bahan (Pastri)

  • 125g tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh gula
  • 100g mentega
  • 2 biji telur

Bahan Puff Crust

  • 85g tepung
  • 50g gula
  • 65g mentega
  • Setengah biji kuning telur

Bahan Inti

Cara Memasak

  1. Masak air bersama mentega sehingga menggelegak dan matikan api. Masukkan tepung dan kacau sebati
  2. Kemudian hidupkan api dan masak tepung. Kemudian masukkan adunan ini yang telah disejukkan ke dalam mesin pengadun dan masukkan telur
  3. Biarkan adunan sebati dan masukkan ke dalam beg piping. Paip bentuk puff mengikut kegemaran anda.
  4. Untuk membuat puff crust sebatikan semua bahan dan bentukkan menjadi doh. Rol adunan dan potong segiempat. Letakkan ke atas adunan yang dipaip tadi dan bakar pada 170°C selama 20 minit.
  5. Untuk membuat inti, panaskan susu. Dalam bekas lain campurkan telur, gula dan tepung. Ambil setengah cawan susu yang dipanaskan tadi dan campurkan dalam adunan tepung. Kacau sebati dan masukkan adunan ke dalam lebih susu. Kacau atas api sehingga masak dan masukkan mentega. Kemudian sejukkan
  6. Paipkan inti ke dalam pastri yang dibakar dan boleh dinikmati

Jangan lupa cuba tau...

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel