-->

10 Resepi Kuih Dan Biskut Raya Paling Popular Sepanjang Zaman

kuih dan biskut raya paling popular

Hari Raya tanpa kuih raya apalah maknanya kan. Biasa tahun-tahun sebelum ni, kuih tunjuk je, apa kata tahun ni kita buat kuih raya sendiri. Sini dikongsikan 10 resepi kuih raya pelbagai jenis paling popular ketika Hari Raya Aidilfitri.

[BACA] : 5 Resepi Kek Sedap Dan Popular Sesuai Untuk Lebaran

Inilah keistimewaan hari raya di Malaysia. Mewah dengan pelbagai juadan dan pelbagai jenis kuih-muih dan biskut raya. Kadang ada kuih yang anda jumpa hanya ketika hari raya sahaja. Jadi jom kita tengok 10 resepi kuih dan biskut raya paling popular di Malaysia sepanjang zaman.

10 Resepi Kuih Dan Biskut Raya Paling Popular

Ini senarai resepi untuk anda...

#1 - Biskut Semperit Bunga

Semperit Bunga

Bahan-bahan

  • Saiz hidangan : 50 biji
  • 240g mentega
  • 120g gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 150g tepung jagung
  • 80g tepung kastard
  • 230 tepung gandum
  • Hiasan : Manik gula secukupnya

Cara Memasak

  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati
  2. Masukkan kuning telur dan pukul lagi
  3. Selepas itu masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard yang telah diayak. Uli sehingga menjadi doh lembut
  4. Sapu dulang dengan mentega. Masukkan doh dalam acuan bunga dahlia atau bergerigi. Picit doh di atas dulang
  5. Hiaskan dengan taburan manis di atasnya. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 15-20 minit

#2 - Biskut Pandan

Biskut Pandan

Bahan-Bahan

  • Saiz hidangan : 20 biji
  • 240g mentega
  • 100g gula aising
  • 2 biji kuning telur
  • 120g serbuk badam
  • 350g tepung gandum
  • 80g tepung jagung
  • 2 sudu teh perisa pandan
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • Hiasan : gula-gula warna-warni secukupnya

Cara Memasak

  1. Putar mentega dan gula aising sehingga sebati
  2. Masukkan telur, perisa pandan dan pewarna hijau. Pukul lagi
  3. Selepas itu masukkan badam, tepung gandum dan tepung jagung. Uli sehingga menjadi doh yang lembut
  4. Canai doh sehingga rata dan terap dengan acuan bentuk empat segi bergerigi
  5. Tabur dengan gula-gula warna-warni. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 selama 15-20 minit

#3 - Biskut Almond London

Biskut Almond London

Bahan-Bahan

  • Saiz hidangan : 50 biji
  • 240 g tepung gandum
  • 250 g mentega
  • 120 g tepung jagung
  • 120 g badam (dikisar)
  • 40 g gula aising
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Kacang badam secukupnya (dipanggang)

Bahan Lain

  • Cawan kertas secukupnya
  • Coklat masakan secukupnya
  • Coklat masakan putih secukupnya
  • Keduanya dicairkan dengan kaedah 'double boil' 

Cara Memasak

  1. Putar mentega dan gula aising sehingg kembang
  2. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi sehingga sebati
  3. Seterusnya masukkan badam kisar dan tepung jagung sedikit demi sedikit. Pukul rata
  4. Setelah itu masukkan pula tepung gandum dan adun sehingga doh tidak melekat di jari
  5. Ambil sedikit adunan dan letakkan badam panggang di tengahnya. Bentuk menjadi bujur. Ulangi proses sehingga doh habis. 
  6. Bakar pada suhu 180°C selama 30 - 45 miniy
  7. Apabila biskut sudah masak, keluarkan dan sejukkan seketika
  8. Akhir sekali, letakkan biskut ke dalam cawan kertas dan tuangkan coklat masakan di atasnya.

#4 - Biskut Cip Coklat

Biskut Cip Coklat

Bahan-Bahan

  • 180 g tepung gandum (tambah 2 sudu makan tepung gandum lagi)
  • 120 g gula kastor
  • 120 g gula perang
  • 65 g mentega
  • 65 g shortening (lemak sayur)
  • 240 g cip coklat
  • 1 biji telur gren A
  • 1 sudu makan esen vanila
  • Setengah sudu teh serbuk penaik (baking soda)
  • Setengah sudu teh garam

Cara Memasak

  1. Ayak tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Ketepikan
  2. Pukul mentega, shortening, gula kastor dan gula perang sehingga kembang. Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan esen vanila serta telur. Pastikan jangan terlebih pukul adunan setelah dimasukkan telur
  3. Seterusnya dengan menggunakan kelajuan paling rendah, masukkan tepung gandum dan cip coklat. Gaul sehingga sebati
  4. Sudukan adunan mengikut bentuk kegemaran di atas dulang pembakar
  5. Akhir sekali, bakar salam 20 hingga 30 minit pada suhu 180 °C

#5 - Bahulu Ikan

Bahulu Ikan

Bahan-Bahan

  • Saiz hidangan : 30 biji
  • 300 g tepung gandum
  • 140 g telur
  • 260 g gula

Cara Memasak

  1. Pukul telur dan gula sehingga gebu
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau perlahan
  3. Apabila sebati, tuangkan adunan ke dalam acuan berbentuk ikan
  4. Bakar pada suhu 180°C selama 10 minit

#6 - Rempeyek Kacang & Ikan Bilis

Rempeyek Kacang & Ikan Bilis

Bahan-Bahan

  • 500g tepung beras
  • 200g kacang tanah
  • 200g ikan bilis (dikopek)
  • 2 biji telur gred A
  • 4 sudu makan ketumbar
  • 2 sudu makan jintan manis
  • 3 sudu makan udang geragau
  • 1 sudu makan air kapur
  • 1 sudu makan garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk perasa
  • 700 ml air
  • Minyak untuk menggoren

Cara Memasak

  1. Gaulkan kesemua bahan kecuali kacang tanah dan ikan bilis sehingga rata
  2. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam acuan
  3. Kemudian taburkan kacang tanah secukupnya dan ikan bilis ke atas adunan tadi
  4. Seterusnya celupkan ke dalam minyak panas dengan perlahan-lahan
  5. Akhir sekali, goreng rempenyek sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  6. Simpankan di dalam bekas kedap udara.

#7 - Popia Mini Udang Kering

Popia Mini

Bahan-Bahan

  • 300 g udang kering
  • Minyak masak untuk menumis
  • 3 biji bawang merah kecil (ditumbuk)
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • Kulit popia

Cara Membuat

  1. Rendam sebentar udang kering. Cuci dan toskan. Selepas itu, dikisar halus. Ketepikan
  2. Panaskan minyak masak. Tumis bawang merah kecil sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar. Gaul
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Gaul hingga udang agak kering
  4. Bila sudah kering, tutup api dan sejukkan sebentar. Kemudian kisar lagi supaya udang tidak berketul-ketul

Cara Penyediaan

  1. Kulit popia dipotong segi empat. Letak isi udang di tengah dan gulung. Kemudian temukan kedua-dua hujungnya dan simpul sekali
  2. Goreng guna minyak masak yang banyak. Ketika menggoreng, api kena perlahan. Kalau api besar, popia akan liat di bahagian dalam
  3. Setelah masak, angkat dan toskan

#8 - Batang Buruk

Batang Buruk

Bahan-Bahan

  • 300 g serbuk kacang hijau
  • 200 g gula aising
  • Setengah biji santan kelapa
  • 300 g tepung gandum
  • 150 g tepung beras
  • 2 biji telur ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara Memasak

  1. Sangai serbuk kacang hijau di dalam kuali sehingga bau wangi. Sejukkan dan kisar sehingga halus bersama gula aising. Ketepikan ramuan
  2. Panaskan santan sehingga mendidih. Kemudian tutup api dan sejukkan di dalam air. Masukkan santan dalam bekas yang bahagian bawahnya direndam dengan air sejuk
  3. Campurkan tepung gandum, tepung beras, telur ayam dan garam. Masukkan juga santan yang telah disejukkan tadi. Gaulkan semua sehingga menjadi doh yang tidak melekat. Canai nipis dan potong ikut saiz anggara 2cmx3cm. Gulungkan menjadi seperti silinder berlubang
  4. Panaskan minyak. Goreng doh tadi sehingga warna keemasan
  5. Setelah sejuk, sumbatkan dengan inti serbuk kacang hijau tadi

#9 - Resepi Kuih Mama Carey

Kuih Mama Carey

Bahan-Bahan

  • 200 g mentega
  • 110 g gula aising
  • Secubit garam
  • 1 biji telur ayam
  • 300 g tepung gandum
  • 1 sudu besar susu tepung

Bahan Aising

  • 1 biji putih telur
  • 180 g gula aising
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Coklat emelco

Cara Membuat

  1. Pukul mentega, gula aising dan garam yang telah diayak. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati
  2. Masukkan tepung dan susu tepung yang dah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh
  3. Bungkus doh di dalam plastik dan masukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 15 minit
  4. Panaskan oven, keluarkan doh yang telah disejukkan tadi. Canai doh dan tekap dengan acuan.
  5. Bakar adunan 150°C selama 10 minit sehingga separuh masak

Cara Membuat Aising

  1. Pukul putih telur sehingga kembang
  2. Masukkan gula aising dan tepung jagung. Pukul bahan dengan highspeed sehingga adunan likat
  3. Masukkan dalam piping bag, dan piping ke atas biskut. Buarkan corak menggunakan coklat emelco
  4. Bakar sekali lagi selama 10 minit sehingga adunan masak. Sejukkan sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara

#10 - Kuih Tart Nenas

Kuih Tart Nenas

Bahan Inti

  • 2 biji nanas
  • 250 g gula
  • 150 g gula merah
  • Garam secukup rasa
  • 3 helai daun pandan
  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji kayu cengkih

Cara Membuat Inti

  1. Kupas nanas, buangkan kulit dan mata. Sagat nanas sehingga habis dan tapis. Untuk dapatkan nanas yang lebih halus, kisar nanas sagat bersama jus nanas yang ditapi tadi.
  2. Masukkan bahan kisaran dalam kuali bersama semua bahan lain
  3. Masak jem sehingga pekat. Sentiasa kacau adunan untuk elakkan adunan hangit
  4. Sejukkan dan gentel bulat-bulat

Bahan Kulit Tart

  • 250 g mentega
  • 300 g tepung gandum
  • 50 g gula kaster
  • 40 g tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Sedikit kuning telur dan air untuk sapuan

Cara Membuat Kulit Tart

  1. Satukan semua bahan dan uli dengan tangan sahaja
  2. Masukkan ke dalam acuan dan picitkan atas dulang

Cara Penyediaan

  1. Letakkan inti yang telah digentl di atas kulit tart. Gulungkan dan susun atas dulang pembakar
  2. Sapukan dengan kuning telur terlebih dahulu dan bakar pada suhu 175°C selama 25 minit atau sehingga masak

#11 - Kuih Bangkit Cheese (Bonus)

Kuih Bangkit

Ini resepi ke-11 iaitu resepi bonus apabila kuih raya tradisional di modenkan dengan bahan cheese. Korang kena cuba

Bahan-Bahan

  • 250 g mentega
  • 100 g gula aising
  • 1 biji telur ayam
  • 300 g tepung gandum
  • 100 g tepung jagung
  • Setengah sudu teh soda bikarbonat
  • 100 g keju cheddar parut

Cara Membuat

  1. Satukan mentega dan gula aising. Pukul sehingga kembang
  2. Masukkan telur ayam dan pukul lagi
  3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung gandum dan tepung jagung. Gaulkan dan masukkan adunan ke dalam adunan mentega tadi
  4. Uli adunan perlahan-lahan dan masukkan juga soda bikarbonat dan keju parut. Uli sampai sebati
  5. Canaikan doh dan tekap dengan bentuk yang diinginkan. Susun ke dalam dulang pembakar. Bakar pada suhu 150°C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga masak
  6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Jangan lupa cuba tau...

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel