-->

Resepi Ayam Percik Yang Confirm Sedap

resepi ayam percik

Ayam Percik antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Biasanya boleh dapatkan di pasar malam atau bazar makanan seperti bazar Ramadan. Kali ini, untuk anda resepi ayam percik yang confirm sedap untuk dihidangkan dan makan beramai-ramai.

Ayam Percik boleh dimakan begitu sahaja atau ianya dijadikan lauk pauk yang dimakan bersama nasi putih. Ianya juga sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja tetapi untuk jadikan ianya lebih sedap, kenalah perap ayam lebih lama.

Mungkin ada antara anda mahu untuk jadikan juadah utama bersama keluarga atau dijadikan untuk jana pendapatan, boleh ikuti resepi ayam percik disini.

Resepi Ayam Percik

Bahan-bahan yang digunakan di dalam resepi ini dengan anggaran kos lebih kurang RM20 sahaja iaitu untuk 4-5 orang. Persediaannya juga hanya ambil masa 30 minit sahaja.

[BACA] : Resepi Burger Pattie Daging, Peminat Western Kena Cuba

Bahan-Bahan

  • 500g ayam (bahagian peha atas dan bawah)
  • 100g bawang merah (kisar)
  • 50g bawang putih (kisar)
  • 50g halia (kisar)
  • 60g serai (kisar)
  • 40g cili kering (rebus dan kisar)
  • 20g serbuk jintan manis
  • 40g serbuk pati ayam

Bahan Soso Percik

  • 500ml santan pekat
  • 400g air
  • 150g bawang merah (kisar)
  • 20g bawang putih
  • 80g serai kisar
  • 100g cili kering (rebus dan kisar)
  • 100ml air asam jawa
  • 50g gula
  • 100g serbuk pati ayam

Cara Memasak

  1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan dan perap selama 24 jam
  2. Bakar atau panggang ayam menggunakan api arang untuk rasa lebih sedap
  3. Semasa membakar, sentiasa balik-balikkan dan sapukan dengan baki bahan perapan
  4. Setelah masak, angkat dan ketepikan
  5. Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan dan renehkan atas api sederhana hingga menjadi sos pekat
  6. Setelah siap hidangkan ayam dengan sos sekali

Jangan lupa cuba tau..

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel