-->

Sekatan Tambahan SOP PKP 3.0 : Perniagaan & Perkhidmatan Dibenarkan Operasi Sehingga 8 Malam Sahaja

Perniagaan & Perkhidmatan Dibenarkan Operasi Sehingga 8 Malam Sahaja

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Sri Ismail Sabri di dalam sidang media khas semalam dimana segala aktiviti dalam kawasan PKP bagi sektor perniagaan dan perkhidmatan dibenarkan beroperasi sehingga jam 8 malam sahaja.

Sekatan tambahan SOP ini melibatkan seluruh negara dibawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk Wilayah Persekutuan Labuan berkuatkuasa 25 Mei 2021 (mulai 12.01 pagi) sehingga 7 Jun 2021 (11.59 malam).

SOP Perniagaan Dan Perkhidmatan

Langkah memendekkan pengoperasian ini bagi mengurangkan pergerakan rakyat dalam satu-satu masa sekali gus untuk menghindarkan penularan wabak COVID-19 di dalam masyarakat.

[BACA] : Dine-In Di Restoran Tidak Dibenarkan Sepanjang Tempoh PKP Berlangsung 

Sepanjang tempoh PKP ini, aktiviti penjualan makanan dibenarkan hanya secara bawa pulang, pandu lalu atau delivery sahaja iaitu bermula 8 pagi hingga 8 malam. Dine-in atau park & dine tidak dibenarkan.

  • Restoren, kedai makan, gerai makan, food truck, penjaja tepi jalan, medan selera, kiosk dan beberapa aktiviti lagi dibenarkan beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam.
  • Kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai keperluan juga hanya dibenarkan beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam
  • Hospital, klinik dan makmal perubatan dibenarkan beroperasi 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi. Tetapi kedai farmasi hanya dibenarkan dari 8 pagi hingga 10 malam sahaja
  • Stesen minyak boleh beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya sehingga 24 jam
  • Pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu boleh beroperasi dari 6 pagi hingga 2 petang tertakluk kepada PBT
  • Pasar borong boleh beroperasi dari jam 12.01 pagi hingga 6 pagi dan 11 pagi sehingga 4 petang juga tertakluk kepada PBT
  • Untuk pasar malam hanya dibenarkan beroperasi dari 4 petang hingga 8 malam tertakluk kepada pihak berkuasa temptan (PBT)

Untuk Shopping Mall dan pasaraya, ianya dibenarkan beroperasi melibatkan outlet premis sahaja dari 8 pagi hingga 8 malam. Booth di ruang legar tidak dibenarkan.

Klinik Haiwan dan kedai makan haiwan juga sama seperti waktu perniagaan lain iaitu 8 pagi hingga 8 malam. Juga termasuk kedai dobi, dobi layan diri, kedai cermin mata, pusat cuci kereta, kedai gunting rambut dan salun dalam waktu tempoh yang sama (8 pagi - 8 malam).

Walaubagaimanapun bagi pemilik premis, aktiviti atau program yang disenaraikan dalam senarai HIDE hendaklah mengambil tindakan intervensi iaitu melaksanakan sanitasi premis, meningkatkan kawalan dan pemantauan pematuhan pelanggan dan melaksanakan penutupan premis jika diarahkan.

Selain strategi mengehadkan pengoperasian sektor perniagaan, Kerajaan juga mengurangkan pekerja yang bekerja di pejabat bagi sektor Kerajaan dan Swasta.

  • Sektor Swasta - 40% perlu bekerja dari rumah atau Work From Home (WFH) dan hanay 60% sahaja kapasiti bagi kehadiran pekerja operasi & pengurusan di pejabat
  • Sektor Perkhidmatan Awam - 80% perlu bekerja dari rumah atau Work From Home (WFH) kecuali kakitangan sektor perkhidmatan perlu dan barisan hadapan

Untuk maklumat lanjut berkaitan SOP AM Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), boleh dapatkan melalui laman web MKN di www.mkn.gov.my/sop-pkp

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel