-->

Kenali Jenis Kacang Makanan Dan Kegunaanya

Kenali Jenis Kacang Makanan Dan Kegunaanya

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis kacang makanan dan pada setiapnya memiliki kegunaannya tersendiri dan pastinya ada rasa yang berbeza. Tetapi pada asasnya yang sama iaitu kacang.

Di pasaran juga, anda boleh peroleh banyak jenis kacang dimana ada yang diimport dari luar negara dan ada yang ditanam dan seterusnya di proses di Malaysia. Jadi untuk ketahui beberpa jenis kacang, jom kita tengok jenis-jenis kacang yang unik ini.

Jenis Kacang Makanan Dan Kegunaanya

Selain daripada rupa, setia satunya pasti mempunyai khasiat, keenakan dan kegunaanya tersendiri.

#1 - Kacang Gajus

Kacang Gajus

Sejenis kacang yang diperoleh dari biji buah gajus. Selain pucuk dan buah gajus yang boleh dimakan, kacang ini merupakan snek yang popular kerana rasanya yang berlemak dan enak. Malah ia juga digunakan dalam masakan nasi, lauk pauk dan manisan.

🛒 Link Shopping [Shopee]

#2 - Kacang Pine

Kacang Pine

Kacang Pine atau Pine Nuts ini merupakan sejenis kekacang yang tinggi nilai lemaknya. Ia berasal daripada pelbagai jenis pokok Pine. Rasanya pula manis dan sedikit kelat dan sering digunakan dalam masakan sos berkrim

🛒 Link Shopping [Shopee]

[BACA] : Mengenali Jenis-Jenis Pisau Dapur Beserta Kegunaanya

#3 - Pistachio

Pistachio

Kekacang yang berasal dari Timur Tengah dan mempunyai rasa lemak yang sangat enak. Dilindungi kulit separa keras, kacang ini banyak digunakan dalam penghasilan manisan dan sajian negara-negara Arab terutamanya.

🛒 Link Shopping [Shopee]

#4 - Cobnuts

Cobnuts

Kacang Cobnuts adalah sejenis kekacang yang seakan kacang hazel dan tergolong dalam keluarga Corylus. Ia tumbuh di Britain dan boleh dinikmati secara segar mahupun yang sudah diproses.

🛒 Link Shopping [Shopee]

#5 - Kacang Flageolet

Kacang Flageolet

Sejeni kekacang berwarna hijau pucat, berkulit lembut yang kecil dan berkrim. Ia popular di Perancis. Biasanya kacang ini digunakan ketika memasak stew daging kambing dan masakan yang berasaskan tomato.

🛒 Link Shopping [Shopee]

#6 - Badam

Badam

Badam boleh dijadikan tepung dan menghasilkan biskut yang kurang karbohidrat dan sesuai untuk dinikmati pesakit kencing manis. Selain itu badam juga kaya dengan vitamin E dan membantu menghalang penyakit kanser.

🛒 Link Shopping [Shopee]

#7 - Kacang Pecan

Kacang Pecan

Ianya merupakan biji kacang yang dituai dari poko Pecan yang dikatakan berasal dari bahagian Tenggara Amerika Utara. Ia boleh dimakan secara mentah dan juga dimasak. Biasanya kacang Pecan ini dijadikan sajian pencuci mulut dan manisan

🛒 Link Shopping [Shopee]

#8 - Walnut

Walnut

Akhir sekali adalah kacang Walnut. Ianya merupakan sejenis kekacang popular yang mempunyai bentuk yang unik. Ia dikatakan mengandungi 2 kali ganda antioksidan berbanding kekacang yang lain. Ia juga dikatakan bagus untuk fungsi otak

🛒 Link Shopping [Shopee]


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel