-->

Dine-In Di Restoran Tidak Dibenarkan Sepanjang Tempoh PKP Berlangsung

Dine-In Di Restoran Tidak Dibenarkan Sepanjang Tempoh PKP Berlangsung

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dine-in di restoran dan kedai makan adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebelum itu, beliau juga telah mengumumkan dimana bermula 12 Mei hingga 7 Jun 2021, seluruh negara akan dikenakan PKP berikutan kes penularan wabak COVID-19 yang tidak menunjukkan penurunan.

Oleh itu, melalui Sidang Khas Majlis Keselamatan Negera (MKN) mengenai Pengurusan COVID-19 yang telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri memutuskan untuk melaksanakan PKP tersebut bersama-sama dengan SOP yang turut diumumkan.

SOP Sepanjang PKP Seluruh Negara

Sepanjang tempoh PKP, rentas negeri dan rentas daerah adalah dilarang kecuali dengan tujuan kecemasan, kesihatan, untuk bekerja, pasangan jarak jauh, ekonomi dan temu janji vaksinasi.

Segala bentuk perhimpunan sosial dan perkumpulan orang ramai seperti kenduri, majlis rasmi, seminar, persidangan dan sebagainya adalah dilarang. Akan tetapi bagi majlis akad nikah pula dibenarkan tetapi berpandukan SOP yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri masing-masing.

Selain itu aktiviti sukan dan rekreasi juga tidak dibenarkan kecuali jogging, berbasikal dan senaman dengan mengamalkan penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka.

Semua institusi pendidikan ditutup kecuali bagi pelajar yang menduduki peperiksaan antarabangsa, pusat asuhan kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan beroperasi mengikut SOP.

Bagi yang menggunakan kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing, jumlah penumpan dihadkan kepada 3 orang sahaja termasuk pemandu. 

Restoran dibenarkan beroperasi tetapi dine-in di kedai makan adalah tidak dibenarkan. Hanya untuk take-away atau secara pandu lalu sahaja.

[BACA] : Nescafe Dolce Gusto Genio S Merupakan Mesin Kopi Terbaik Di Malaysia Dengan Harga Bawah RM700

Majikan diwajibkan melaksanakan dasar Work From Home (WFH) dengan kehadiran tidak lebih 30% kakitangan pengurusan pada setiap masa.

Untuk SOP Hari Raya pula, nampaknya situasi seperti tahun 2020. Walaupun solat sunat Aidilfitri dibenarkan di masjid dan surau tetapi ianya terhad kepada bilangan jemaah tidak melebihi 50 orang bagi tempat yang boleh memuatkan jemaah lebih 1,000 manakala 20 orang bagi tempat yang boleh memuatkan jemaah kurang 1,000.

Ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubuh semasa sambutan Hari Raya Aidifitri tahun ini adalah tidak dibenarkan sama sekali. 

Walaubagaimanapun, sepanjang tempoh ini, semua sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi tetapi mesti mengikut SOP yang ketat seperti ditetapkan oleh pihak MKN. SOP terperinci akan diumumkan MKN dalam masa terdekat


sumber : MKN

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel