-->

Cara Tebus eBelia RM150 Menggunakan Touch 'n Go eWallet

Cara Tebus eBelia RM150 Menggunakan Touch 'n Go eWallet

Jika anda merupakan belia warganegara berumur 18-20 tahun pada tahun 2021 ataupun seorang pelajar IPT sepenuh masa, anda layak untuk tebus eBelia RM150 bermula 1 Jun 2021 menggunakan salah satu eWallet iaitu ShopeePay, BigPay, Boost dan Touch 'n Go eWallet.

Program ini merupakan inisiatif daripada kerajaan yang diumumkan pada Belanjawan 2021 bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup belia sekali gus menggalakkan mereka untuk membuat bayaran secara tanpa-tunai atau cashless.

Cara Tebus eBelia RM150 Menggunakan Touch 'n Go eWallet

Jadi salah satu eWallet yang tersenarai adalah daripada Touch 'n Go eWallet. Anda hanya boleh tebus sekali sahaja dengan menggunakan salah satu eWallet yang tersenarai. Jika anda ingin tebus menggunakan TnG eWallet ini, ikuti langkah-langkah dibawah

#1 - Cara Daftar Dan Aktifkan Touch 'n Go eWallet

  1. Anda perlu muat-turun aplikasi Touch 'n Go eWallet terlebih dahulu [ App Store | Play Store | AppGallery ]
  2. Kemudian klik Sign Up dan masukkan nombor telefon. Kod OTP akan dihantar secara SMS dan masukkan diruang disediakan
  3. Tetapkan 6-digit PIN untuk digunakan setiap kali buat pembayaran
  4. Lengkapkan butiran peribadi seperti nama, nombor MyKad dan emel. Selesai!

Cara Daftar Dan Aktifkan Touch 'n Go eWallet

#2 - Cara Verify Akaun Touch 'n Go eWallet

Untuk melayakkan anda tebus eTunai RM150 tersebut, anda perlu sahkan (verify) akaun TnG eWallet anda ini. Caranya:

  1. Pergi ke halaman Profile dan klik Account Verification dan klik Let's Go
  2. Pilih Malaysian dan upload gambar MyKad anda
  3. Kemudian tangkap gambar selfie dengan gambar yang jelas dan tekan Let's Go. Proses pengesahan mengambil masa 48 jam.

Cara Verify Akaun Touch 'n Go eWallet

#3 - Cara Tebus eBelia RM150

Jika sudah sah atau verify barulah anda layak untuk mohon dan tebus eBelia RM150 tersebut. Caranya:

  1. Masukkan ke halaman aplikasi TnG eWallet dan klik pada banner eBelia
  2. *Proses pendaftaran seterusnya dibuka pada 1 Jun 2021


Untuk maklumat lanjut, boleh layari website di www.tngdigital.com.my/ebelia

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel