Cara Tebus eBelia RM150 Menggunakan ShopeePay
Kerajaan telah mengumumkan inisiatif untuk golongan belia melalui program eBeliau dalam Belanjawan 2021 yang lalu dengan memberi eTunai sebanyak RM100. Kemudian ditambah lagi dengan RM50 melalui program PEMERKASA dan menjadikan jumlah sebanyak RM150 secara kredit.
eTunai RM150 ini hanya boleh ditebus menggunakan 4 eWallet yang disenaraikan iaitu ShopeePay, BigPay, Boost dan juga Touch 'n Go eWallet bermula 1 Jun 2021. Selain daripada membantu golongan belia mengurangkan kos bebanan harian ianya juga menggalakkan orang ramai melakukan bayaran secara online atau cashless.
Program eBelia ini hanya layak kepada warganegara Malaysia dari 2 golongan iaitu mereka yang berumur 18-20 tahun pada tahun 2021 dan juga pelajar IPT sepenuh masa. Jika anda berada dalam salah satu syarat permohonan ini, anda layak untuk memohon.
Cara Tebus eBelia RM150 Menggunakan ShopeePay
Untuk mereka yang mahu tebus menggunakan aplikasi Shopee melalui ShopeePay, anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah. Bagi melayakkan anda menebus menggunakan mana-mana aplikasi eWallet, anda terlebih dahulu perlu naik taraf akaun tersebut kepada akaun premium dengan pengesahana menggunakan MyKad.
Untuk ShopeePay, mereka ada tawarkan RM5 percuma kepada anda yang baru sahaja naik taraf akaun ShopeePay kepada akaun premium.
[BACA] : Terdapat 6 Produk Gardenia Mengalami Kenaikan Harga Bermula 1 Jun 2021
#1 - Cara Daftar Dan Aktifkan ShopeePay
- Muat turun aplikasi Shopee
- Pergi kepada halama utama Shopee dan klik pada ikon wallet atau pergi ke tab Me > ShopeePay
- Kemudian klik pada Set up ShopeePay
- Masukkan nama penuh dan nombor MyKad. Tandakan pada kotak to agree to the terms ...
- Anda akan terima 6-digit OTP melalui SMS. Masukkan nombor tersebut
- Kemudian tetapkan 6-digit no. pin anda sendiri.
- Selesai daftar ShopeePay
#2 - Cara Verify ShopeePay Premium
- Pergi kepada halama utama Shopee dan klik pada ikon wallet atau pergi ke tab Me > ShopeePay
- Klik pada Verify Now
- Upload gambar MyKad anda beserta selfie anda sendiri dengan gambar yang jelas. Jika sudah selesai, klik Confirm
- Proses pengesahan (verfication) akan mengambil masa 24 jam
#3 - Cara Tebus eBelia RM150
Jika akaun ShopeePay anda sudah menjadi akaun Premium. Kini anda layak untuk tebus eBelia RM150 tersebut
- Pergi kepada halama utama Shopee dan klik pada ikon eBelia Free RM150
- *Proses pendaftaran dibuka pada 1 Jun 2021
Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.shopee.com.my/ebelia