Cara Tebus eBelia RM150 Menggunakan Boost
Melalui pembentangan Belanjawan 2021 yang lalu, kerajaan memperkenalkan program eBelia khusus untuk golongan belia dan pelajar IPT. Mereka akan peroleh bantuan eTunai sebanyak RM150 yang boleh ditebus menggunakan 4 eWallet yang tersenarai bermula 1 Jun 2021.
Antara eWallet yang anda boleh gunakan untuk tebus eBelia RM150 ini adalah ShopeePay, Boost, BigPay dan Touch 'n Go eWallet. Tetapi anda perlu penuhi syarat permohonan atau penebusan iaitu :
- Berumur antara 18-20 tahun pada tahun 2021
- Pelajar IPT sepenuh masa pada peringkat Diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia 4 (SKM 4) dan ke atas
Jika anda berada dalam salah satu syarat yang ditetapkan, anda layak untuk memohon dan tebus.
Cara Tebus eBelia RM150 Menggunakan Boost
Pembayaran menggunakan Boost dikatakan boleh digunakan dibanyak tempat. Ini kerana dikatakan lebih 20 ribu peniaga yang menerima bayaran cashless daripada Boost. Bukan itu sahaja, kini terdapat lebih 58 peniaga di kampus dan univerisit seluruh Malaysia menerima pembayaran menggunakan Boost. Pastinya memudahkan pelajar IPT untuk membelanjakan RM150 ini di kampus masing-masing
#1 - Cara Daftar Akaun Boost
- Download aplikasi Boost [ App Store | Play Store | AppGallery ]
- Buka aplikasi Boost dan klik 'Register'
- Masukkan nombor telefon dan anda akan terima kod TAC yang perlu dimasukkan pada ruang yang disediakan
- Penuhkan ruangan maklumat peribadi seperti nama, emel dan sebagainya
- Tetapkan 6-digit PIN untuk digunakan setiap kali buat transaksi
- Masukkan invite code : aimfjhw
- Selesai
#2 - Cara Verify Akaun Boost Premium
Jika sudah selesai daftar, anda perlu naik taraf akaun premium untuk melaykkan anda tebus eBelia RM150. Caranya:
- Buka aplikasi Boost dan pada profile klik My Wallet
- Kemudian klik pada Upgrade for Free
- Seterusnya upload gambar MyKad anda beserta gambar Selfie dengan gambar yang kelas dan klik verify ID
- Proses pengesahan akan mengambil masa 1 hari bekerja.
- Kemudian anda perlu tambah nilai sekurang-kurangnya RM10 ke dalam akaun Boost. Selesai!
#3 - Cara Tebus eBelia RM150
- Pada halaman utama aplikasi Boost, klik banner eBelia
- *Proses pendaftaran dibuka pada 1 Jun 2021
Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.myboost.com.my/news/belia-ready/