-->

Cara Tebus eBelia RM150 Menggunakan BigPay

Cara Tebus eBelia RM150 Menggunakan BigPay

BigPay antara salah satu eWallet yang anda boleh gunakan untuk tebus eTunai RM150 untuk program eBelia bermula 1 Jun 2021. Program atau inisiatif ini diumumkan oleh Menteri Kewangan ketika pembentangan Belanjawan 2021 yang lalu.

Melalui program eBelia ini, mereka yang layak akan peroleh eTunai sebanyak RM150 dan juga beberapa tawaran diskaun yang ditawarkan mengikut eWallet yang boleh digunakan serta dibelanjakan secara tanpa-tunai atau cashless sekali gus dapat mengurangkan kos sara hidup.

Selain BigPay, terdapat eWallet lain yang anda boleh guna dan tebus iaitu ShopeePay, Boost atau Touch 'n Go eWallet. Jika anda belia yang berumur 18-20 tahun pada tahun 2021 atau anda seorang pelajar IPT sepenuh masa, anda layak untuk program eBelia ini. Anda dibenarkan untuk tebus sekali sahaja daripada mana-mana eWallet yang disediakan

Cara Tebus eBelia RM150 Menggunakan BigPay

BigPay sedikit istimewa daripada eWallet yang lain. Ini kerana, anda akan peroleh kad debit (mastercard) untuk digunakan sama seperti kad debit bank lain. eWallet lain tidak dibekalkan sedemikian. Jadi jika anda berminat untuk tebus guna BigPay, ikuti langkah seterusnya dibawah.

#1 - Cara Daftar BigPay

  1. Muat-turun aplikasi BigPay di App Store atau Play Store
  2. Klik Sign Up dan pilih Malaysia
  3. Masukkan nombor telefon beserta kod OTP yang diterima melalui SMS
  4. Tetapkan password akaun dan masukkan butiran peribadi seperti nama, alamat rumah, emel dan sebagainya
  5. Pada bahagian referals code, masukkan 0LMZHKVZ3T untuk anda dapatkan RM10 secara percuma.
  6. Langkah seterusnya anda perlu sahkan atau verify akaun BigPay anda. Ikuti langkah seterusnya dibawah

#2 - Cara Verify BigPay

  1. Langkah seterusnya, anda perlu upload gambar MyKad beserta Selfie muka dengan gambar jelas bagi tujuan pengesahan atau verfication
  2. Kemudian anda perlu tambah nilai RM20 terlebih dahulu sebelum menggunakan BigPay. (Bayaran ini bukan yuran, tetapi hanya sekadar proses pendaftaran sahaja. Ianya akan dimasukkan ke dalam akaun BigPay anda nanti. Jangan risau)
  3. Dalam masa 5-7 hari bekerja, anda akan menerima kad debit (mastercard) yang akan dihantar terus ke rumah anda seperti dalam alamat yang telah didaftar pada awalnya. 

Cara Verify BigPay

#3 - Cara Tebus eBelia RM150

Jika sudah verify, barulah anda boleh teruskan untuk tebus eBelia RM150 menggunakan aplikasi BigPay sahaja

    1. Di halaman utama, pilih tab pada Payments dan klik eBelia serta tekan "Apply Now"
    2. Anda perlu masukkan butiran serta maklumat yang diperlukan bagi tujuan penebusan
    3. *Proses seterusnya bagi pendaftaran dibuka pada 1 Jun 2021


    Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.bigpayme.com/ebelia

    Iklan Atas Artikel

    Iklan Tengah Artikel 1

    Iklan Tengah Artikel 2

    Iklan Bawah Artikel