Cara Buat Dan Resepi Bomboloni Viral Dengan Inti Krim Coklat
Siapa je tak suka dengan kelembutan dan kemanisan yang ada pada bomboloni. Bentuk bulat dengan inti yang pelbagai. Kali ini ada resepi untuk anda iaitu resepi bomboloni dengan inti coklat yang tengah viral sekarang.
Bomboloni jika dilihat ianya seakan donut tetapi sedikit berbeza kerana mempunyai inti di dalamnya. Terdapat banyak perisa yang ada dijual diluar sana seperti isi kastard, krim coklat, vanila, strawberry dan banyak lagi. Untuk kali ini adalah resepi bomboloni viral dengan inti krim coklat.
Pastinya ia akan memberikan sebuah bomboloni dengan tekstur yang lembut dan ringan serta rasa inti coklat yang lazat.
Resepi Bomboloni Inti Krim Coklat
Jadi anda boleh buat sendiri di rumah atau mungkin anda boleh mula cari pendapatan sampingan daripada resepi bomboloni ini.
Bahan A
- 500g Japanese high protein flour
- 80g gula kastor
- 25g susu tepung
- Setengah sudu besar baking powder
- 8g yis
- 30g potato flakes (kentang lenyek)
Bahan B
- 1 biji telur
- 190g air sejuk
- 80g susu segar (sejuk)
*Campurkan bahan B dan masukkan sediki demi sedikit - tambah air dengan sudu jika doh masih keras
Bahan C
- 50g butter
- 8g garam
Cara Memasak
- Uli bahan A dan B hingga bergaul rata. Masukkan bahan C dan uli hingga elastik dan doh nampak berminyak. Perap hingga naik 2 kali ganda. Tumbuk doh dan masukkan dalam peti semalaman
- Keluarkan doh. Biarkan suhu bilik 20 minit. Timbang 30g dan bentukkan bulat dan perap lagi. Goreng dengan api sederhana
- Apa jua jenis donut perlukan teknik dan kesabaran selain dari anggaran cecair dan juga resepi yang betul
- Terlebih proofing, doh jadi kempis. Kurang proofing donut tak naik gebu. Perhatikan dan kenalpasti perubahan doh, bila boleh digoreng.
- Goreng sekali sahaja untuk dapatkan ring. Api sederhana
- Gunakan bread flour untuk dapatkan donut yang lembut, ringan dan tahan lama kelembutannya
[BACA] : Aneka Resepi Kuih Tradisional Sesuai Untuk Minum Petang
Bahan Krim Coklat
- 40g coklat masakan
- 300g susu segar
- 40g gula
- 30g tepung jagung
- 12g mentega
- 18g serbuk koko
Cara Memasak
- Campurkan susu segar, tepung jagung dan serbuk koko ke dalam periuk dan kacau sehingga tepung jagung tidak berketul.
- Masak atas api sederhana sambil dikacau sekejab
- Kemudian masukkan coklat yang dipotong bersama gula
- Kacau sehingga pekat dan licin
- Tutup api dan masukkan mentega. Kacau sebati
- Sejukkan dan sedia digunakan. Tekstur krim coklat ini akan semakin pekat apabil sejuk
- Koyakkan sedikit pada bahagian donut dan Paipkan sahaja krim coklat pada dalamnya
Jangan lupa cuba tau...