-->

Walls Memperkenalkan Aiskrim Istimewa, Aiskrim Boba Tealive

Walls Memperkenalkan Aiskrim Istimewa, Aiskrim Boba Tealive

Mungkin anda biasa minum Tealive bersama topping bubble atau juga digelar sebagai bobo. Tapi anda pernah rasa, bila air Tealive dibekukan dalam bentuk aiskrim dan diletakkan boba di dalamnya? Unik kan? Inilah produk keluaran terbaru daripada Wall'ss, Aiskrim Boba Tealive.

Jenama aiskrim ternama Malaysia, Wall's memperkenalkan rekaan terkininya melalui kolaborasi dengan rangkaian bubble milk tea, Tealive yang dinamakan Wall's Special Edition Tealive Boba Ice Cream.

Ianya merupakan gaya terbaru peminat boba untuk menikmati minuman kegemaran mereka dalam bentuk ais krim, tidak mengira tempat dan waktu! #WallsBobalicious direka khusus untuk memberikan pengalaman sensori baru dengan harga yang berpatutan.

Selain itu, juga pastinya memberikan rasa teh susunya yang kaya dan bijian pearl yang kenyal dalam setiap gigitan. 

Review Aiskrim Boba Tealive

Anda boleh dapatkan Aiskrim Boba Tealive dengan satu pilihan perisa sahaja iaitu milk tea bersama boba dengan harga RM2.20. Kini anda boleh dapatkan dimana-mana pasaraya atau kedai runcit yang menjual aiskrim jenama Wall's. Seperti contoh, boleh dapatkan di 7-eleven, 99 speedmart, KK Mart dan banyak tempat lagi.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan Tealive Boba Ice Cream secara online dengan pembelian pukal melalui Shopee dan Lazada dengan harga RM33 untuk 15 ketul aiskrim. Boleh makan bersama keluarga dan makan puas-puas.

Walls Memperkenalkan Aiskrim Istimewa, Aiskrim Boba Tealive

Untuk rasa pula, rasanya saling tidak tumpah seperti milk tea yang anda beli di Tealive tetapi dalam bentuk aiskrim. Kemudian pada dalamnya diletak pearl atau bubble secara rawak. Jadi mungkin anda tergigit boba tersebut sekali dengan aiskrim atau tidak.

Tapi sepertinya sediki janggal kerana boba tersebut sedikit keras dan tidak kenyal seperti yang anda rasa pada minuman Tealive biasa. Tetapi rasanya tetap sama dimana anda masih lagi mengunyah boba bersama aiskrim milk tea daripada Tealive.

[BACA] : Review Nescafe Dolce Gusto Genio S Merupakan Mesin Kopi Terbaik Di Malaysia Dengan Harga Bawah RM700

Untuk rasa, bagi admin sedap dan boleh repeat. Dapat pula makan masa panas-panas. Jadi untuk tahun 2021, anda jangan lupa untuk dapatkan aiskrim Boba Tealive di kedai berhampiran anda.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel