-->

Antara 8 Resepi Dalgona Pelbagai Perisa Untuk Anda Cuba Sepanjang PKP

Antara 8 Resepi Dalgona Pelbagai Perisa Untuk Anda Cuba Sepanjang PKP

Pernah satu ketika dahulu, Dalgona Coffee menjadi trend di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Ianya berlaku ketika awal pandemik dan di Malaysia terkenal ketika PKP 1.0. Rata-rata rakyat Malaysia yang duduk dirumah pasti mencuba resepi untuk hasilkan minuman Dalgona Coffee.

Dalgona Coffee pada awalnya dipopularkan oleh di TikTok dimana ianya hanyalah sekadar campuran kopi instant, gula dan air panas serta dikacau secara cepat (whiped) lalu disajikan di atas susu krim.

Di Malaysia terutamanya, bila berlaku PKP 1.0, PKP 2.0, PKP 3.0 dan seterusnya pasti mereka akan mengaitkan dengan Dalgona Coffee ini. Kali ini Malaysia sekali lagi menghadapi PKP atau 'Total Lockdown' seperti pada awal tahun 2021. Jadi sekali lagi, Dalgona ini viral.

[BACA] : Nescafe Dolce Gusto Genio S Merupakan Mesin Kopi Terbaik Di Malaysia Dengan Harga Bawah RM700

Tetapi tahukah anda, sebenarnya terdapat banyak perisa selain daripada coffee yang biasa kita lihat. Jadi kali ini, sempena PKP Penuh 4.0 pada Jun ini, anda boleh cuba resepi Dalgona dengan pelbagai resepi untuk anda hiland bosan dan terus kekal di rumah.

Resepi Dalgona Dengan Pelbagai Perisa Untuk Anda Cuba Sempena PKP

Teknik untuk menyediakan minuman Dalgona ini adalah secara pukul atau kacau dengan cepat (whiped). Selain kacau menggunakan sudu biasa, anda boleh juga menggunakan pengacau air buih automatik (milk-mixer). Kerja anda jadi lebih mudah.

#1 - Dalgona Horlick

Dalgona Horlick

Bahan-Bahan : 1/2 cawan, horlick ikut korang nak letak banyak mana! susu segar dan ais

Cara Penyediaan : Pukul sehingga kental. Setelah sebati masukkan di dalam gelas yang berisi susu segar dan ais

#2 - Dalgona Teh Susu

Dalgona Teh Susu

Bahan-Bahan : 2 sudu serbuk teh, 2 sudu gula pasir, 2 sudu air panas, susu segar dan ais

Cara Penyediaan : Pukul sehingga kembang serbuk teh, gula pasir dan air panas. Setelah bahan bahan campuran tadi nampak likat, masukkan di dalam gelas bersama susu segar dan ais.

#3 - Dalgona Matcha

Dalgona Matcha

Bahan-Bahan : 1 sudu serbuk matcha, 1 putih telur, setengah cawan gula pasir, setengah cawan air, susu segar dan ais

Cara Penyediaan : Pukul sehingga kembang putih telur. Dalam masa yang sama larutkan gula pasir di dalam air suam. Setelah itu masukkan sedikit demi sedikit larutan air gula dan kacau bersama putih telur, larutan air gula dan serbuk matcha. Setelah sebati masukkan di dalam gelas yang berisi susu segar.

#4 - Dalgona Milo

Dalgona Milo

Bahan-Bahan : 2 sudu serbuk milo, 2 sudu gula pasir, 2 sudu air panas, susu segar dan ais

Cara Penyediaan : Pukul sehingga kembang serbuk milo, gula pasir dan air panas. Setelah bahan-bahan campuran tadi nampak likat, masukkan di dalam gelas bersama susu segar dan ais.

#5 - Dalgona Mocha

Dalgona Mocha

Bahan-Bahan : 1 sudu makan membukit nesface, 1 sudu makan gula, 1 sudu makan serbuk coklat/milo, susu full cream dan ais

Cara Penyediaan : Campurkan nescafe, serbuk coklat/milo dan gula bersama anggaran 2 sudu makan air panas (sekadar untuk melarutkan). Putarkan sehingga kembang dan boleh di letakkan ke dalam gelas yang suda berisi air bersama susu full cream. Siap! boleh letakkan serbuk coklat/milo/coklat cip sebagai hiasan.

#6 - Dalgona Coklat

Dalgona Coklat

Bahan-Bahan : 2 sudu serbuk coklat, 2 sudu krim, 2 sudu gula pasir, 2 sudu air panas, susu segar, serbuk oreo dan ais

Cara Penyediaan : Pukul sehingga kembang serbuk koko, gula pasir dan air panas. Setelah itu masukkan krim untuk menjadikannya pekat dan sajikan bersama susu segar dan ais.

#7 - Dolgona Coffee

Dolgona Coffee

Bahan-Bahan : 2 sudu serbuk kopi hitam segera, 2 sudu gula, 2 sudu air panas dan ais

Cara Penyediaan : Kaca campuran sehingga konsisten dengan menggunakan susu, pemukul atau electric hand mixer. Bila betul-betul dah sebati semua, topping diletakkan di atas susu serta boleh ditambah air. Kacau dan nikmatinya.

#8 - Dalgona Oreo

Dalgona Oreo

Bahan-Bahan : 2 sudu serbuk nescafe, 2 sudu gula pasir, 2 sudu air panas, susu segar, serbuk oreo dan ais

Cara Penyediaan : Pukul sehingga kembang serbuk nescafe, gula pasir dan air panas. Setelah itu masukkan bahan tadi di dalam gelas bersama susu segar yang dicampur dengan serbuk oreo beserta ais

Untuk anda yang mahukan minuman ala-ala mewah, senarai resepi minuman dalgona ini patut anda cuba. Jangan lupa cuba tau...


sumber : kopitarik

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel