-->

Terdapat 6 Produk Gardenia Mengalami Kenaikan Harga Bermula 1 Jun 2021

Terdapat 6 Produk Gardenia Mengalami Kenaikan Harga Bermula 1 Jun 2021

Hari ini, pengeluar roti ternama Gardenia melalui syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (GBKL) mengesahkan dimana terdapat 6 produk mereka akan mengalami kenaikan harga berkuatkuasa 1 Jun 2021.

[BACA] : Kenali Jenis Kacang Makanan Dan Kegunaanya

Menurut laporan Bernama, kenaikkan harga produk ini adalah disebabkan kenaikkan harga yang mendadak bagi bahan-bahan mentah seperti lemak, sayuran, serbuk koko, susu serta kos pembungkusan dan lain-lain.

Sebelum ini, syarikat tersebut terpaksa menyerap kos kenaikan tersebut dan akhirnya tidak mempunyai alternatif lain kecuali untuk melaksanakan semakan semula harga produk Gardenia yang terpilih dan terpaksa juga menaikkan harga barangan tersebut.

Senarai Produk Gardenia Yang Mengalami Kenaikan Harga

Kenaikan harga produk Gardenia ini bukanlah melibatkan kesemua produk mereka tetapi melibatkan 3 jenama iaitu Gardenia Delicia Hazelnut, Gardenia Delicia Milky dan Gardenia Auntie Rosie berjumlah 6 produk semuanya iaitu:

  1. Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread 200g
  2. Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread 375g
  3. Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread 200g
  4. Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread 375g
  5. Gardenia Auntie Rosie - Original Homestay Kaya 200g
  6. Gardenia Auntie Rosie - Natural Pandan Kaya 200g

Terdapat 6 Produk Gardenia Mengalami Kenaikan Harga Bermula 1 Jun 2021

Selain daripada produk yang disenaraikan, tiada kenaikan harga yang diumumkan oleh pihak GBKL. Jadi peminat roti Gardenia tidak perlu khuatir terutamanya ketika PKP Penuh atau 'Total Lockdown' yang bakal tiba bermula 1 Jun nanti kerana tiada kenaikan harga berlaku.


sumber : bernama

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel