-->

10 Jenis Makanan Untuk Keseburan Baik Lelaki Dan Perempuan

10 Jenis Makanan Untuk Keseburan Baik Lelaki Dan Perempuan

Faktor pemakanan juga memainkan peranan untuk kesuburan bagi setiap pasangan yang baru berkahwin baik untuk suami mahupun isteri. Jika makanan yang diambil baik, maka khasiat yang diperlukan badan pun cukup dan pastinya memberikan kesihatan yang baik terutamanya dalam faktor kesuburan.

Pemilihan makanan penting, apa yang digalakkan makan, apa yang boleh makan dan ada juga makanan yang perlu dihindari bagi meningkatkan keseburan bagi pasangan berkahwin. Oleh itu, jom kita tengok antara 10 jenis makanan yang anda sebagai pasangan boleh ambil untuk kesuburan.

10 Jenis Makanan Untuk Kesuburan

Makanan yang sihat pastinya datang daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Nak tahu antara cadangannya, boleh tengok senarai dibawah

#1- Bayam

Bayam serta sayuran hijau berfungsi menambah keperluan asid folik di dalam badan. Asid folik sangat penting dalam pembentukan sperma dan telur yang sihat. Bayam juga kaya dengan vitamin C dan zat besi yang dapat berfungsi meningkatkan kualiti sperma dan menjaganya agar tetap sihat.

#2 - Avokado

Avokado

Sebiji avokado mengandungi konsentrasi kalium yang jauh lebih banyak berbanding sebiji pisang. Kalium sangat penting untuk menjaga fungsi saraf. Ia juga dapat membantu memulihkan otot, meningkatkan kekuatan dan daya tahan badan anda.

#3 - Madu

Madu merupakan makanan yang dapat menyembukan pelbagai jenis penyakit. Zat yang terkandung di dalam madu sangat mudah untuk dicerna dalam darah

#4 - Asparagus

Sayuran ini mengandungi asid amino asparagines yang berfungsi merangsang buah pinggan dan membuang sisa metabolism dalam badan. Ia turut mempunyai zat lain yang dapat meningkatkan peredaran darah dan membantu melepaskan lemak yang berada di pembuluh darah.

#5 - Bawang Putih

Bawang jenis ini mempunyai khasiat boleh meningkat kesuburan orang lelaki.

#6 - Tiram

Hidupan laut ini mengandungi zat besi yang amat penting bagi kesihatan ovulasi dan produksi sel telur yang stabil. Selain tiram, zat besi juga terkandung dalam telur, biji-bijian dan kacang.

[BACA] : Kenali Jenis Kacang Makanan Dan Kegunaanya

#7 - Halia & Lengkuas

Sineol merupakan zat yang terkandung di dalam halia. Ia berfungsi sebagai pencegah ejakulasi diri, merangsang ereksi adn melancarkan perederan darah. Begitu juga dengan lengkuas yang memiliki fungsi sama seperti halia.

#8 - Kurma

Kurma yang juga merupakan makanan sunah baik untuk diamalkan. Ia boleh meningkatkan kesuburan untuk anda dan pasangan. Kurma mudah didapatkan. Anda boleh dapatkan dimana-mana kedai pasar raya atau beli secara online seperti di platform Shopee.

#9 - Kubis, Lobak Merah, Brokoli, Kacang Hijau, Keledek Merah

10 Jenis Makanan Untuk Keseburan Baik Lelaki Dan Perempuan

Semua sayuran ini mengandungi banyak zat dan khasiat yang boleh membetulkan kitaran haid, mengimbangkan hormon subur dan seterusnya meningkatkan kesuburan. Ia benar-benar baik untuk membantu meningkatkan jumlah sperma. Ia kaya dengan selenium dan mampu meningkatkan hormon testosteron bagi kaum lelaki.

#10 - Betik, Jambu Batu, Buah Naga, Tembikai, Buah Limau Nipis

Buah-buah ini kaya dengan kandungan vitamin C yang penting untuk kesihatan baik lelaki dan perempuan dan juga kesuburan.

4 Makanan Yang Perlu Dihindari Untuk Cepat Hamil

Juga terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dijauhkan dan dihindari terutamanya bagi kaum wanita untuk cepat hamil.

#1 - Makanan Yang Mengandungi Merkuri

Makanan yang tinggi merkuri makanan biasanya terdapat dalam beberapa jenis ikan terutamanya yang berukuran besar seperti makerel.

#2 - Makanan Diproses

Makanan ringan dan makanan segera perlu dielakkan kerana ia hampir tiada zat yang baik untuk bakal bayi anda

#3 - Makanan Yang Diawet

makanan yang diawet

Makanan yang diawet biasanya seperti makanan dalam tin tidak elok untuk diamalkan bagi anda yang ingin hamil. Jika tidak dapat elak, cubalah untuk kurangkan ambilan.

#4 - Minuman Berkafein

Jika anda gemarkan minuman berfakein, jika tidak dapat berhenti, kurang sedikit demi sedikit. Ianya juga untuk kepentingan diri dan bakal bayi anda dimasa hadapan.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel