-->

Resepi Puding Kastard Karamel Confirm Sedap Dan Mudah Dibuat!

Resepi Puding Kastard Karamel

Kan best selepas habis santapan menu atau juadah utama, disuapkan dengan puding manis. Terutamanya bila dapat puding kastard karamel yang pastinya menjadi kesukaan ramai orang.

[BACA] : Resepi Kuih Cara Berlauk Daging Kisar Confirm Sedap

Juada pemanis mulut ini sesuai dihidangkan selepas santapan berat atau santapan utama. Barulah anda dapat nikmati kemanisan dan keenakan puding yang lagi lazat. Jadi jom kita tengok, resepi Puding Kastard Karamel ini.

Resepi Puding Kastard Karamel

Bahan Karamel

  • 100 g gula
  • 25 ml air

Bahan Kastard

  • 3 biji telur
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 90 g gula
  • 400 ml susu segar
  • 100 ml krim

Cara Memasak

1)  Penyediaan karamel, masukkan gula di dalam kuali. Hanguskan gula hingga keperangan. Masukkan air dengan berhati-hati dan kacau sebati. Tuang ke dalam bekas puding

2)  Untuk menyediakan kastard, satukan semua bahan kastard. Kacau perlahan sehingga sebati kemudian tapis. masukkan ke dalam bekas puding tadi. Tutup bekas dengan aluminium foil.

3)  Bakar menggunakan teknik 'steam bath' selama 45 minit atau sehingga masak. Puding boleh juga dikukus dengan api perlahan.

4)  Sejukkan dahulu kemudian terbalikkan bekas puding. Hidangkan


Jangan lupa cuba tau...

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel