-->

Resepi Laksam Confirm Sedap Dengan Rasa Lemak

resepi laksam lemak

Laksam lemak pastinya menjadi juadah utama ketika di petang hari. Resepi ini boleh anda ikut dan buat supaya dapat dihidangkan bersama keluarga yang tersayang.

Laksam lemak ini sebenarnya tidak terhad untuk hidangan petang sahaja, boleh dihidangkan pada bila-bila masa terutamanya ketika acara atau majlis sekali pun pada waktu pagi Hari Raya. Menjadikan inaya menu sampingan yang popular untuk orang Malaysia.

[BACA] : 5 Resepi Berasaskan Mi Berkuah Untuk Anda Cuba

Resepi Laksam Lemak Confirm Sedap

Penyediaan bahan anggaran sekitar RM20 sahaja bagi saiz hidangan 5-6 orang. Mudah sahaja.

Kuah Laksam

  • 1 kg ikan kembung atau ikan sardin (direbus dan ambil isinya)
  • 6 biji bawang merah kecil (dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu teh lada hitam
  • 3 keping asam keping
  • 500 g santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara Memasak

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih bersama lada hitam dan isi ikan
  2. Masukkan ke dalam periuk bersama santan, asam keping, garam dan gula. Jika agak pekat, tambahkan air dari rebusan ikan tadi
  3. Masak di atas api dengan api yang sederhana sehingga mendidih dan kuah pekat

Laksam

  • 3 cawan tepung beras
  • Setengah cawan tepung gandum
  • 5 cawan air suam
  • Setengah sudu teh garam

Cara Memasak

  1. Satukan ke semua bahan dan kacau rata
  2. Sementara itu, panaskan pengukus. Gliskan tudung periuk dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan secukupnya di atasnya
  3. Kukus sehingga adunan nampak menggelembung. Keluarkan dan gulung kemas.
  4. Ulang langkah diatas sehingga adunan habis
  5. Sedia dihidangkan laksam bersama kuah lemak

Jangan lupa cuba tau...

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel