-->

Nescafe Dolce Gusto Genio S Merupakan Mesin Kopi Terbaik Di Malaysia Dengan Harga Bawah RM700

Nescafe Dolce Gusto Genio S Merupakan Mesin Kopi Terbaik Di Malaysia

Jika korang sedang mencari sebuah mesin kopi terbaik di Malaysia untuk menikmati pelbagai kopi ala cafe, anda boleh dapatkan Nescafe Dolce Gusto Genio S iaitu dengan harga kurang daripada RM700.

Mesin kopi ini mempunyai 2 model iaitu mesin kopi Genio S Touch dan juga Genio S Plus yang membolehkan korang menyesuaikan cita rasa kopi masing-masing dengan hanya satu sentuhan butang sahaja.

Menerusi mesin ini, korang boleh menggunakan kapsul kopi Nescafe Dolce Gusto dan Starbucks At Home yang menawarkan pelbagai rangkaian pilihan, daripada kopi hitam ke kopi susu serta minuman berperisa coklat dengan harga kurang RM1000.

Kelebihan Mesin Kopi Nescafe Dolce Gusto Genio S

Dalam masa kurang dari satu minit, anda boleh menikmati secawan kopi kegemaran anda dengan mudah. Kedua-dua model GenioS menggabungkan fungsi, kemudahan dan kemampuan dalam satu mesin kopi yang ringan, elegan dan sesuai untuk diletakkan di mana-mana ruang dalam rumah kerana saiznya tidak terlalu besar.

Selain itu, ia juga menawarkan beberapa warna pilihan yang boleh disesuaikan dengan hiasan rumah anda. Genio S Touch menawarkan warna perak metalik manakala Genio S Plus dalam warna hitam atau merah.

Nescafe Dolce Gusto Genio S

Setiap mesin kopi Genio S disediakan dengan 3 ciri baru yang menarik iaitu teknologi inovatif Expresso Boost, dapat meningkatkan keamatan kopi untuk rasa kopi yang lebih pekat. Selain itu, ianya juga disediakan fungsi pilihan suhu dimana korang boleh ubah dari suhu bilik sehingga ekstra panas.

Manakala fungsi ketiga adalah berbeza mengikut model dimana Genio S Plus dilengkapi dengan gelang kawalan LED intuitif yang mengawal paras air manakala Genio S Touch mempunyai fungsi skrin sentuhan penuh.

Dapatkan Sebuah Mesin Kopi Nescafe Dolce Gusto Genio S

Pengalaman kafe di rumah kini boleh dinikmati dengan lebih mudah tanpa sebarang kompromi terhadap kualiti, kemudahan dan rasa kopi yang sama seperti di kafe. Korang boleh mula dapatkan Nescafe Dolce Gusto Genio S Touch dengan harga RM669 atau Nescafe Dolce Gusto Genio S Plus dengan harga RM599 melalui Shopee atau Lazada.

▶️ Shopee [Genio S Touch] [Genio S Plus]

▶️ Lazada [Genio S Touch] [Genio S Plus]

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel