-->

Cara Dan Panduan Mengurangkan Pengambilan Garam

Cara Dan Panduan Mengurangkan Pengambilan Garam

Terdapat pelbagai cara atau panduan yang boleh diamalkan bagi mengurangkan pengambilan garam dalam pemakanan dan kehidupan seharian. Pastinya akan memberikan kita kesihatan yang baik.

Anda perlu tahu, kesan garam berlebihan ke atas kesihatan akan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan hipertensi. Jadi sebaiknya, ambil yang perlu sahaja dan kalau boleh elakkan pengambilan garam dalam kehidupan seharian.

Garam adalah mineral yang terdapat dalam makanan secara semulajadi atau ditambah semasa memasak terutamanya. Sebenarnya, badan kita hanya perlukan jumlah kecil garam sahaja untuk kesihatan.

[BACA] : 5 Resepi Berasaskan Mi Berkuah Untuk Anda Cuba

Garam boleh didapari dalam bentuk garam halus atau kasar yang ditambah dalam makanan atau terdapat dalam sos, kicap, tauhu, mayonis, keju, ikan masin dan perlbagai lagi.

Cara Dan Panduan Mengurangkan Pengambilan Garam

Sebenarnya ada beberapa cara untuk anda mengurangkan pengambilan garam dalam makanan. Antara panduan yang anda boleh amalkan adalah seperti berikut :

  • Gunakan perencah asli seperti jus limat dan rempah ratus
  • Kurangkan penggunaan garam, perisa tiruan, kicap dan tauhu dalam masakan
  • Kurangkan pengambilan makanan yang diproses seperti makanan dalam tin, sosej, burger dan makanan segera
  • Kurangkan penggunaan mayonis dan keju dalam penyediaan makanan
  • Kurangkan makanan ringan yang masin seperti keropok dan kacang bergaram
  • Kurangkan makanan yang diawet seperti ikan masin, telur masin, belacan, cencaluk, budu serta jeruk asin buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Baca label makanan dan elakkan membeli makanan yang kaya dengan natrium klorida dan monosodium glutamate (MSG)
  • Hadkan pengambilan garam kepada 1 sudu teh (6g) garam atau 2400g natrium

    Cara Dan Panduan Mengurangkan Pengambilan Garam

Harap tips, cara dan panduan ini bermanfaat kepada mereka yang ingin mengurangkan pengambilan garam dalam makanan untuk kesihatan.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel