-->

7 Tips Anda Perlu Tahu Sebelum Tempah Kek Kahwin

7 Tips Anda Perlu Tahu Sebelum Tempah Kek Perkahwinan

Kek merupakan antara juadah pelangkap bagi acara terutamanya majlis perkahwinan. Jadi sebelum buat tempahan, anda perlu tahu juga beberapa perkara yang anda perlu berikan perhatian.

Tanpa kek ianya seakan-akan tidak sempurna sesebuah majlis perkahwinan. Mungkin akan hilang satu momment indah apabila tiada aksi potong kek bersama keluarga dan para tetamu.

7 Tips Sebelum Tempah Kek Kahwin

Jadi jika antara anda yang bakal melangsungkan perkahwinan dan ingin buat tempahan kek kahwin, tengok dulu 7 tips ini.

1.  Sesuai Dengan Lokasi Majlis Perkahwinan

Tempahan kek perlulah bersesuaian dengan lokasi majlis perkahwinan. Jika majlis dilakukan di outdoor, pastikan pilih kek yang tahan lama dan tidak mudah cair. Jangan sesekali menempah kek jenis krim, meringue atau butter cream kerana cuaca yang panas boleh mencairkan kek.

2.  Pilih Warna Kek Sesuai Tema

Pemelihan warna kek yang bertepatan dengan team dan cita rasa pastinya akan menambahkan seri dan glamor di hari bahagia anda. Jika tidak pasti, rasanya adalah lebih baik tempat warna kek putih sahaja yang pastinya sesuai dengan semua tema.

3.  Bawa Sampel

Tips seterusnya adalah bawa sampel kek yang anda ingini seperti gambar atau video berkaitan. Boleh bawa juga sampel lakaran yang diigini dan pastikan baker memunyai reputasi cemerlang atau mampu menghasilkan kek seperti yang anda impikan.

[BACA] : Resepi Kuih Cara Berlauk Daging Kisar Confirm Sedap

4.  Bajet

Ini anda bahagian paling penting sebenarnya. Buat tempahan kek kahwin ikut bajet anda. Tetapkan bajet dan jangan terlalu ghairan memilih reka bentuk eksklusif sehingga akhirnya melangkaui belanjawan.

5.  Ikut Bilangan Tetamu

Biasanya kek hanya dihidangkan kepada tetamu rapat seperti ahli keluarga. Jadi sebelum buat tempahan, tentukan bilangan tetamu yang akan hadir ke majlis perkahwinan anda. Dapatkan saiz kek yang besar sekiranya ramai tetamu atau sebaliknya supaya mereka yang datang dapat merasai keenakan kek tersebut

6.  Cuba Dahulu

Disarankan anda untuk mencuba terlebih dahulu pelbagai jenis kek yang disediakan agar menepati cita rasa. Jika dah ok, barulah buat tempahan.

7.  Pilih Kek Yang Popular

Kek span, kek lembab atau kek buah adalah kek yang paling popular kerana teksturnya yang sesuai untuk dekorasi. Kek aiskrim tidak digalakkan kerana khuatir akan cair kerana suhu persekitaran. Jadi buat pilihan bijak.

7 Tips Anda Perlu Tahu Sebelum Tempah Kek Perkahwinan

Sekiranya tiada bajet yang besar, kek kahwin yang ringkas sudah cukup memadai. Asalkan anda pandai menyesuaikan tema dan warna pasti menaikkan aura majlis anda. Harap membantu kepada mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel