-->

5 Resepi Kek Sedap Dan Popular Sesuai Untuk Lebaran

resepi kek popular

Bila tiba hari raya, pastinya juadah manis yang ditunggu-tunggu. Jadi apa kata kali ini, selain daripada kuih raya, kita hidangkan kek untuk tetamu. Ini adalah 5 seleksi resepi kek popular sesuai untuk Lebaran.

Sebenarnya kek juga selalu dihidangkan oleh tuan rumah bersama-sama dengan juadah berat dan kuih hari raya. Jadi ianya mendapat banyak pilihan kita meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

5 Resepi Kek Sesuai Untuk Hari Raya

Jom kita cuba resepi kek sedap dan manis ini.

#1 - Kek Coklat Lembap

kek coklat

Bahan-Bahan

  • 250g gula perang (didihkan)
  • 250ml susu penuh lemak (didihkan)
  • 125ml susu lemak manis (didihkan)
  • 250ml minyak jagung (dipukul bersama)
  • 120g serbuk koko (dipukul bersama)
  • 3 biji telur (dipukul bersama)
  • 1 sudu teh esen vanila (dipukul bersama)
  • 150g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu teh serbuk penaik (diayak)
  • 1 sudu teh serbuk panaik (diayak)
  • 1 sudu teh soda bikarbonat (diayak)

Cara Memasak

  1. Bahan yang dimasak dibiarkan seketika sehingga suhu panas menurun
  2. Kemudian, masukkan telur yang telah dipukul ke dalam bahan yang telah dimasak dan kacau sebati
  3. Seterusnya, masukkan sedikit demi sedikit bahan yang diayak dan kacau sehingga sebati
  4. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz lapan inco dan kukus selama 1 jam 20 minit
  5. Hidangkan panas atau sejuk bersama coklat cair atau dimana begitu sahaja

#2 - Kek Batik

Kek Batik

Bahan-Bahan

  • 400g biskut marie
  • 400g biskur marie (dihancurkan)
  • 400ml susu pekat manis
  • 250g mentega
  • 5 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh coklat emulco
  • 4 sudu makan serbuk koko
  • 2 sudu makan nescafe
  • 2 sudu makan horlicks
  • 100g hurisan badam panggang.

Cara Memasak

  1. Larutkan terlebih dahulu esen vanila, coklat emulco, serbuk koko, nescafe dan horlicks dengan sedikit air panas.
  2. Cairkan mentega dan susu pekat dengan kaedah didih bertingkat sehingga berkilat. Kemudian, masukkan bahan yang telah dilarutkan dengan air panas. Kacau hingga sebati
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dikacau sehingga kelihatan bergentel-gentel. Masukkan biskut marie yang telah dihancurkan dan kacau lagi sehingga sebati
  4. Sediakan loyang yang beralas plastik dan masukkan sebahagian adunan yang panas lalu diratakan. Seterusnya susun biskut marie yang elok. Lakukan berselang-seli sehingga habis. Padatkan dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam.
  5. Potong dan sedia untuk dihidangkan

#3 - Kek Gula Hangus

Kek Gula Hangus

Bahan-Bahan

  • 240g gula
  • 250ml air panas
  • 120g tepung gandum (diayak)
  • 2 sudu teh soda bikarbonat (diayak)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik (diayak)
  • 250ml susu pekat
  • 4 biji telur
  • 2 sudu makan mentega

Cara Memasak

  1. Panaskan periuk dan masukkan gula. Masak sehingga hangus. Kemudian, tambah air dan kacau hingga mendidih
  2. Seterusnya masukkan mentega. Didih dan kacau hingga sebati. Ketepikan dan biarkan sejuk
  3. Seterusnya, pukul telur sehingga gebu dan masukkan susu pekat. Pukul sebati
  4. Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam bancuhan sambil dipukul hingga sebati
  5. Perap adunan selama 4 hingga 5 jam dan barulah dibakar dengan loyang 7 inci bersuhu ketuhar 160°C selama satu jam
  6. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong untuk dihidangkan

#4 - Kek Lapis Masam Manis

Kek Lapis Masam Manis

Bahan-Bahan

  • 250g mentega (dicairkan bersama dan biar sejuk)
  • 500ml susu pekat manis (dicairkan bersama dan biar sejuk)
  • 10 biji telur yang diasingkan putih dan kuningnya
  • 1 sudu makan ovallete
  • 400g biskut marie yang dikisar menjadi tepung
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh perisa pandan
  • Pewarna hijau secukupnya
  • Kepingan asam masam manis secukupnya

Cara Memasak

  1. Sediakan sebuah bekas dan pukul putih telur dan gula sehingga kembang
  2. Seterusnya, dengan menggunakan bakas yang lain pula, pukul kuning telur, ovallete dan esen vanila sehingga gebu
  3. Sambil terus memukul, tuangkan bancuhan kuning telur ke dalam bancuhan putih telur sedikit demi sedikit. Kemudian, masukkan mentega dan susu yang telah dicairkan. Pukul lagi sakadar rata
  4. Masukkan tepung biskut marie dan serbuk penaik. Pukul hingga sebati dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu daripada bahagian tersebut dicampurkan dengan pewarna hijau dan perisa pandan
  5. Tuang adunan tanpa pewarna ke dalam loyang bersaiz 7 inci yang beralas kertas minyak dan ratakan dengan ketebalan 1/2 inci. Susun kepingan asam dan bakar dengan suhu 160 sehingga keperang-perangan. Kemudian ulang langkah dengan menggunakan adunan lain sehingga selesai
  6. Potong dan hidangkan kek apabila sejuk untuk hari raya anda

[BACA] : Resepi Kuih Cara Berlauk Daging Kisar Confirm Sedap

#5 - Kek Marble

Kek Marble

Bahan-Bahan

  • 250g mentega
  • 210g gula kastor
  • 5 biji telur
  • 1 sudu makan ovallete
  • 230g tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 30g serbuk koko
  • 80ml susu segar

Cara Memasak

  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan gebu. Kemudian masukkan ovallete dan telur sedikit demi sedikit, diikuti dengan esen vanila. Teruskan memukul
  2. Seterusnya, masukkan tepung dan susu segar secara berselang seli. Pukul lagi hingga sebati
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu daripada bahagian di adun dengan sebuk koko sehingga mesra.
  4. Tuang kedua-dua adunan secara berselang seli ke dalam loyang bersaiz 7 inci yang telah beralas
  5. Bakar dengan suhu 180 selama 1 jam. Biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Jangan lupa cuba tau...

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel